Penyokong Pembangkang Akui Malaysiakini Penyebar Fitnah....Tiada Issue lagi...Jangan Jadi Bodoh Akal Lah

Penyokong Pembangkang Akui Malaysiakini Penyebar Fitnah....Tiada Issue lagi...Jangan Jadi Bodoh Akal Lah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyokong Pembangkang Akui Malaysiakini Penyebar Fitnah....Tiada Issue lagi...Jangan Jadi Bodoh Akal Lah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyokong Pembangkang Akui Malaysiakini Penyebar Fitnah....Tiada Issue lagi...Jangan Jadi Bodoh Akal Lah
link : Penyokong Pembangkang Akui Malaysiakini Penyebar Fitnah....Tiada Issue lagi...Jangan Jadi Bodoh Akal Lah

Baca juga


Penyokong Pembangkang Akui Malaysiakini Penyebar Fitnah....Tiada Issue lagi...Jangan Jadi Bodoh Akal Lah


Malaysiakini sebuah portal yang terkenal dengan manipulasi isu yang acap kali disiarkan tanpa mengambil kira sentiment  sensitiviti kehidupan berbilang kaum dalam Negara ini dan bertujuan untuk menimbulkan rasa curiga diantara kaum dalam Negara.

Tindakan yang tidak bertanggungjwab ini bukan sahaja tidak disukai oleh sebilangan besar rakyat Malaysia , malah ada diantara  penyokong pembangkang melihat ianya satu agenda untuk memporak perandakan Negara dengan lebih teruk lagi.

Tujuan mereka ini mudah dikesan, ianya berkaitan dengan politik kotor pembangkang dan  ianya juga bertujuan untuk memburukkan Negara dimata dunia dengan pelbagai rekaan skandal yang tidak benar. Dengan cara ini masyarakat dunia akan melihat Malaysia adalah sebuah Negara yang amat tidak terkawal.

Kesan daripada  itu, ianya akan mengakibatkan  kekurangan perlaburan yang masuk  kedalam Negara dan jika ini berlaku ianya akan digunakan oleh pihak pembangkang untuk menghasut rakyat agar menentang kerajaan yang sedia ada  dengan agenda “Regim Change” yang telah lama dicipta.

Jika kita imbas sejarah fitnah yang dilakukan oleh Malaysiakini amat banyak sekali. Diantaranya  cerita berlian yang bernilai RM116 juta yang dikaitkan dengan 1MDB. Semua ini tidak melibatkan langsung kepada pemimpin Negara.

Tetapi melalui tulisan yang dipaparkan memperlihatkan Malaysiakini berlebih lebihan dalam membangkitkan isu ini. Persoalannya amat mudah dirungkaikan, semuanya dilakukan oleh Malaysiakini adalah bertujuan politik dan memburukkan Malaysia.

Bukan itu sahaja, rangkaian media barat juga telah mengambil berita palsu dari Malaysiakini dan disebarkan, Diantara yang terlibat dalam penyebaran persepsi yang dicipta bahawa RM2.6 bilion itu diguna untuk membeli berlian juga tidak betul. Reuters, CNN, Aljazeera dan Bloomberg sudah ditipu dengan cerita bohong dari Malaysiakini.

Mereka bijak reka cerita itu ini, lakar gambarajah, buat gambaran dokumen, kemudian wujudkan persepsi tidak baik untuk fitnah orang, memecah belah masyarakat dan hasut rakyat benci kerajaan.

Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang perasaan kasih sayang dan mencetuskan permusuhan. Seharusnya perkara ini  hendaklah dihentikan dalam apa cara sekali pun demi menyelamatkan Negara ini.

Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah, ayat 217: “Dan fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh”.

Tindakan kerajaan  bercadang untuk mengubal satu bentuk perundangan yang setimpal dengan amalan fitnah ini , walaupun sudah terlewat akan tetapi ianya satu tindakan yang baik  dari  tidak melakukan nya langsung.

Sejak mula berita dimana kerajaan mahu mengwujudkan satu bentuk Rang undang Undang berkaitan dengan amalan fitnah ini, Kit Siang adalah diantara yang pertama menentangnya. Sebagaimana yang dijangkakan  ianya akan berlaku . Ini adalah kerana budaya fitnah adalah amalan pihak pembangkang.

Secara tidak langsungnya, rakyat  sekarang dapat melihat bahawa budaya fitnah ini seakan sudah menjadi amalan pihak pembangkang susulan penentangan  kewujudan satu undang-undang oleh pihak pembangkang.

Jadi amat jelas lah bahawa, tanpa fitnah pihak pembangkang tidak dapat lagi melakukan hasutan terhadap  rakyat dan memutar belitkan setiap fakta yang benar dan tidak akan dapat lagi untuk memanipulasikan setiap kejadian yang berlaku.

Dari satu sudut yang lain pula, rakyat Malaysa juga harus menghindarkan diri mereka dari terlibat dengan sebarang aktiviti penyebaran fitnah dalam media sosial yang mana ia bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat.

Jika kita imbas pada PRU13 yang lalu , disini kita melihat bagaimana budaya fitnah yang dilakukan oleh pihak pembangkang sehinggakan kredibiliti SPR pun mereka sanggup memfitnahnya. Semua ini dilakukan untuk mengwujudkan satu sentiment ketidak percayaan rakyat terhadap kerajaan.

Bukan itu sahaja, hal yang sama juga diakui oleh saorang penyokong pembangkang dimana melihat tindakan yang dilakukan oleh Malaysiakini ini banyak menjurus kepada keburukan yang mendatangkan kesan buruk kepada Negara.

Menurut saorang pembaca Malaysiakini yang berbangsa Cina pun mula jijik dengan gaya pelaporan Malaysiakini yang dikatakan amat berat sebelah dan mempertikaikan tindakan DAP yang menyalahgunakan perkatakan kleptokrasi dan menuding kepada pihak lain.

Dalam ulasan yang dibuat oleh Stanley Ooi “Kepada Penyokong Pakatan Harapan. Kamu semua telah dibasuh otak (brainwashed) atau dikelirukan pemikiran (brainscrewed) begitu sekali oleh DAP oleh perkataan ‘kleptocracy’ sehingga kamu lupa bapak kepada segala ‘kleptocracy’ itu yg dijulang pihak kamu”

Seharusnya rakyat Malaysia sedar bahawa , Fitnah merupakan perbuatan yang dipandang hina oleh mana-mana agama kerana impak buruknya. Justeru, langkah untuk menangani atau membendung masalah ini perlu dipandang serius dan dilaksanakan.

Jadi langkah kerajaan untuk membentuk satu rang undang-undang seharusnya diterima dan disokong oleh keseluruhan rakyat Malaysia  dalam usaha untuk memastikan Negara serta ahli politik terutama pihak pembangkang  berpolitik dengan bermoral dan bukan sebagaimana sekarang.


Demikianlah Artikel Penyokong Pembangkang Akui Malaysiakini Penyebar Fitnah....Tiada Issue lagi...Jangan Jadi Bodoh Akal Lah

Sekianlah artikel Penyokong Pembangkang Akui Malaysiakini Penyebar Fitnah....Tiada Issue lagi...Jangan Jadi Bodoh Akal Lah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyokong Pembangkang Akui Malaysiakini Penyebar Fitnah....Tiada Issue lagi...Jangan Jadi Bodoh Akal Lah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/penyokong-pembangkang-akui-malaysiakini.html

Subscribe to receive free email updates: