PH Sudah Muktamad Bahagi Kerusi DUN Johor

PH Sudah Muktamad Bahagi Kerusi DUN Johor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Sudah Muktamad Bahagi Kerusi DUN Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH Sudah Muktamad Bahagi Kerusi DUN Johor
link : PH Sudah Muktamad Bahagi Kerusi DUN Johor

Baca juga


PH Sudah Muktamad Bahagi Kerusi DUN Johor

JOHOR BAHRU – Pakatan harapan (PH) sudah memuktamadkan pembahagian 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor antara parti komponennya bagi bertanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan telah dicapai dengan baik antara parti komponen secara kesepakatan.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding 18 kerusi DUN, DAP 14 kerusi manakala Amanah dan PKR masing-masing 12 kerusi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PH Johor di sini hari ini.

Muhyiddin berkata pecahan kerusi akan diumumkan kelak dan pembahagian kerusi yang sudah diselesaikan itu membolehkan jentera pilihan raya memulakan gerakan kerja menghadapi PRU14.

Beliau berkata PH merancang mengadakan rapat raksasa 6 April depan di bandar raya ini membabitkan lima pemimpin utama PH sebagai acara kemuncak lawatan mereka ke seluruh negara.

Konvensyen PH Johor juga dijangka diadakan pada April.

“Rapat raksasa akan diadakan pada sebelah malam di lokasi yang akan ditetapkan. Satu jawatankuasa pula sudah diwujudkan bagi mengadakan Konvensyen PH, namun, tarikhnya belum diputuskan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden PPBM berkata parti itu akan mengambil tindakan melalui Lembaga Disiplin terhadap mana-mana anggota parti itu yang membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung isu pelanggaran perlembagaan parti.

“Kalau bukan anggota parti, kami akan rujuk kes tersebut kepada peguam sama ada wujud tindakan jahat untuk memalukan atau fitnah. Kalau mereka adalah anggota parti, sama ada mereka pegang jawatan atau tidak, kami akan serahkan kepada Lembaga Disiplin.

“Saya fikir mereka ini tidak layak lagi jadi anggota PPBM. Sesiapa yang memburukkan parti tanpa merujuk pucuk pimpinan, maka, kami anggap ini satu tindakan jahat dan kami akan ambil tindakan tegas,” katanya. – BERNAMA


Demikianlah Artikel PH Sudah Muktamad Bahagi Kerusi DUN Johor

Sekianlah artikel PH Sudah Muktamad Bahagi Kerusi DUN Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH Sudah Muktamad Bahagi Kerusi DUN Johor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/ph-sudah-muktamad-bahagi-kerusi-dun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :