PKR Kelantan beri amaran kepada PPBM

PKR Kelantan beri amaran kepada PPBM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Kelantan beri amaran kepada PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Kelantan beri amaran kepada PPBM
link : PKR Kelantan beri amaran kepada PPBM

Baca juga


PKR Kelantan beri amaran kepada PPBM

PPBM tidak sepatutnya mempersoal tentang pembahagian kerusi DUN Pakatan Harapan di Kelantan.

Tegas Pengerusi PKR Kelantan, Aziz Abdul Kadir, parti itu telah mendapat jumlah kerusi parlimen yang paling banyak sekaligus perlu memberi ruang kepada parti lain termasuk PKR untuk bertanding di kerusi yang berpotensi untuk dimenangi.

“Sepatutnya mereka tak bolehlah persoalkan. Mereka dah dapat kerusi banyak di parlimen. Sebuah parti baru mereka bertanding di 52 kerusi, cuba bayangkan. Tapi kita tak persoalkan dan kita akur dengan keputusan pemimpin.

“Tapi mereka menunjukkan tak puas hati dan tidak akur pula dengan Dr Mahathir, ” katanya kepada BNBBC.My portal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PPBM yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap parti sekutu lain yang dikatakan mahu mendominasi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tanpa memikirkan parti-parti lain.

Sebelum ini, Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min mendakwa, sikap tidak tegas pucuk pimpinan dalam urusan pembahagian kerusi menyebabkan berlaku perpecahan yang serius di peringkat akar umbi.

Aziz (foto) dalam masa yang sama turut berkata sebelum ini pihaknya telah membuat perundingan empat kali bersama parti gabungan lain, namun masih belum mencapai persepakatan.

“Kita dah buat dalam empat kali perundingan tapi biasalah mereka nak kerusi itu ini, masing-masing kata ada kekuatan masing-masing. Susahlah,” jelasnya.

Setakat ini beliau menjelaskan yang tiada lagi pertemuan dibuat dengan PPBM Kota Bharu bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Saya tak jumpa lagi, kalau ahli parti sendiri senang saya boleh jumpa terus cakap apa yang tak puas hati, kita boleh selesaikan cepat, ” ujarnya lagi.


Demikianlah Artikel PKR Kelantan beri amaran kepada PPBM

Sekianlah artikel PKR Kelantan beri amaran kepada PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Kelantan beri amaran kepada PPBM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pkr-kelantan-beri-amaran-kepada-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :