PKR mahu bertanding semula di 21 kerusi DUN Selangor

PKR mahu bertanding semula di 21 kerusi DUN Selangor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR mahu bertanding semula di 21 kerusi DUN Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR mahu bertanding semula di 21 kerusi DUN Selangor
link : PKR mahu bertanding semula di 21 kerusi DUN Selangor

Baca juga


PKR mahu bertanding semula di 21 kerusi DUN Selangor

PKR mahu bertanding di semua 21 kerusi DUN di Selangor pada PRU14, kata naib presiden parti itu, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata parti itu yakin dapat merampas beberapa kerusi yang dimenangi Umno pada pilihan raya umum ke-13.

"Kami bertanding 21 kerusi pada pilihan raya lepas dan kami bercadang untuk bertanding di 21 kerusi yang sama (pada PRU14). Kami yakin dapat menanginya," katanya kepada pemberita selepas mendengar ceramah bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad pada majlis perayaan Ponggal di Kapar Ahad.

Dr Xavier berkata, PKR harus diberi keutamaan bertanding lebih banyak kerusi  di Selangor memandangkan Menteri Besar dan timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah pemimpin negeri ini.

"Ada beberapa  pihak yang mahukan (jumlah) kerusi yang sama tetapi PKR ingin menegaskan  bahawa kami adalah kerajaan di negeri ini dan Menteri  Besar adalah  daripada parti kami… oleh itu, kami yang harus bertanding lebih banyak kerusi di Selangor," katanya. 

Pada pilihan raya umum ke-13 di Selangor, PKR bertanding di 21 kerusi Dun dan memenangi 14 daripadanya.

Bagaimanapun, bilangan itu berkurangan kepada 13 apabila bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memenangi kerusi Dun Pelabuhan Klang pada pilihan raya lepas, dipecat PKR pada 2014.

Sementara itu, Mahathir yang juga pengerusi Bersatu ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata,  beliau tidak pasti sama ada anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang merupakan timbalan presiden Bersatu, akan bertanding kerusi Dun di Selangor.

"Saya tidak tahu tentang itu. Beliau akan bertanding tetapi saya tidak tahu di mana," kata Mahathir semasa ditanya mengenai dakwaan bahawa Mukhriz, bekas Menteri Besar  Kedah, akan bertanding di Selangor.

Ditanya mengenai isu perebutan kerusi antara PKR dan PAN Selangor di negeri itu, Mahathir berkata,  ia perlu diselesaikan secara dalaman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 'serangan' pengerusi PAN Selangor Izham Hashim terhadap Azmin yang juga pengerusi Pakatan Harapan Selangor membabitkan isu pengagihan kerusi di negeri itu.

Sebelum ini, Azmin mendakwa  PAN Selangor ‘tidak amanah’ dan berbohong apabila menyatakan tiada jawatankuasa khas pembahagian kerusi Dun dibentuk  oleh PH.

Sebaliknya, beliau berkata sudah empat kali mesyuarat diadakan bagi membincangkan soal pembahagian kerusi Dun itu.


Demikianlah Artikel PKR mahu bertanding semula di 21 kerusi DUN Selangor

Sekianlah artikel PKR mahu bertanding semula di 21 kerusi DUN Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR mahu bertanding semula di 21 kerusi DUN Selangor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pkr-mahu-bertanding-semula-di-21-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates: