PM beri nafas baru kepada Proton City…jamin Proton tidak akan tenggelam dan lenyap

PM beri nafas baru kepada Proton City…jamin Proton tidak akan tenggelam dan lenyap - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM beri nafas baru kepada Proton City…jamin Proton tidak akan tenggelam dan lenyap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM beri nafas baru kepada Proton City…jamin Proton tidak akan tenggelam dan lenyap
link : PM beri nafas baru kepada Proton City…jamin Proton tidak akan tenggelam dan lenyap

Baca juga


PM beri nafas baru kepada Proton City…jamin Proton tidak akan tenggelam dan lenyap

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi Sabtu melalui perjalanan sejam setengah menjadi penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi laluan Stesen KL Sentral-Tanjung Malim.

Kehadiran beliau bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Pengangkutan Datuk seri Liow Tiong Lai dalam perjalanan dari jam 8 hingga 9.30 pagi itu telah merubah suasana dalam ETS itu.

Najib meramah mesra dengan penumpang dan dan petugas tren.Ramai kalangan mereka yang teruja untuk bergambar dan berbual dengan Perdana Menteri.

Destinasi beliau ialah ke Proton City untuk laksana tugas rasmi melancar Kluster Automotif Nasional@Proton City bagi menjadikanya hab automatif berteknoloji tinggi.

Di bawah program itu, Proton City akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan termasuk pembangunan Bandar Belia 1Malaysia, rancangan Edu City, hab automotif berteknologi tinggi merangkumi teknologi kereta elektrik teknologi hijau, teknologi bateri kereta terkini, teknologi industri 4.0 dan artificial intelligence.

Sebelum ke situ beliau yang disertai Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersarapan dengan rakyat di Medan Selera Tanjung Malim terletak dengan stesen keretapi.

Mereka menikmati menu istimewa tempatan antaranya putu bambu, mee rebus serta Pau Yik Mun yang sememangnya terkenal di daerah itu sejak 1926.

Kehadiran Perdana Menteri telah membawa sinar harapan bagi penduduk sekitar Tanjong Malim.

Ketika melancar Kluster Automotif Nasional,Najib berkata Tanjung Malim kini diambang perubahan yang cukup besar dalam tempoh lima atau enam tahun akan datang.

“Saya dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan menjadikan semua ini bukan impian kosong tetapi realiti.

“Selain daripada plan tranformasi untuk Tanjung Malim menjadi bandar terkenal dan termaju, kerajaan bersama-sama DRB Hicom mempunyai perancangan untuk menjadikan jenama kereta nasional, Proton tersohor di peringkat antarabangsa,” katanya.

Semua orang tahu bagaimana mencabarnya kerajaan pimpinan Najib hendak membangunkan semula Proton yang telah melalui zaman gelap sebelum ini.

Beliau ditembak kiri kanan dengan pelbagai dakwaan termasuk dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sasaran utama mereka yang lebih berasaskan naiwtu politik ialah pada pemilihan Geely dari China oleh DRB-Hicom sebagai rakan strategik Proton.

Bagi mereka ini adalah satu lagi bentuk penjajahan China keatas ekonomi Malaysia sedangkan Geely dipilih kerana ia mempunyai kemampuan lengkap untuk beri nafas baru kepada kereta nasional itu.

Dalam ucapan beliau Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepemimpinannya, akan terus membantu memulih dan memajukan PROTON bagi memastikan pengeluar kereta nasional itu menempa nama di persada dunia.

Katanya komitmen kerajaan terhadap perkara itu sangat jelas dalam memastikan Proton dan Tanjung Malim yang menempatkan Proton City, menempa zaman yang lebih cemerlang dan gemilang.

Beliau berkata, kerajaan sudah mengkaji sejarah Proton tanpa perasaan dan emosi yang sempit kerana menyedari masalah menimpa syarikat itu disebabkan model ekonomi yang berpaksikan semangat nasionalisme, bukannya global.

"Terlalu banyak campur tangan politik dalam pentadbiran Proton, kita tidak akan membiarkan Proton tenggelam, tidak akan membiarkan Proton lenyap.

"PROTON memerlukan sokongan kerajaan untuk dipulihkan dan kerajaan pimpinan saya dan BN akan memulihkan semula Proton.

"Sebab itulah, kalau ada orang kata kita tak tolong PROTON, itu adalah pendustaaan, kita bagi pinjaman , kita bagi suntikan modal, kita bagi insentif dan kita syaratkan bahawa kalau PROTON hendak maju, kena ada rakan strategik , kita tidak kira siapa, kita tak arah Proton pilih dari mana-mana negara atau syarikat, kita cuma kata ini ia akan diputuskan Proton dan DRB-HICOM yang kemudiannya memilih Geely," katanya.


Demikianlah Artikel PM beri nafas baru kepada Proton City…jamin Proton tidak akan tenggelam dan lenyap

Sekianlah artikel PM beri nafas baru kepada Proton City…jamin Proton tidak akan tenggelam dan lenyap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM beri nafas baru kepada Proton City…jamin Proton tidak akan tenggelam dan lenyap dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pm-beri-nafas-baru-kepada-proton.html

Subscribe to receive free email updates: