link : Rakaman "CCTV" Dedahkan Model Belanda Maut, "Di Dukung" Lelaki Kulit Putih
Rakaman "CCTV" Dedahkan Model Belanda Maut, "Di Dukung" Lelaki Kulit Putih
Gambar itu merupakan antara hasil siasatan seorang penyiasat persendirian yang diupah keluarga Smit, selepas mempersoalkan dakwaan polis Malaysia yang mengatakan Smit mati mengejut akibat jatuh bangunan.
Gambar itu menunjukkan seseorang kelihatan seperti lelaki kulit putih mendukung Smit sambil berjalan ke arah lif, awal pagi 7 Disember, hari sama mayatnya ditemui dalam keadaan berbogel di tingkat 6 balkoni sebuah unit kondominium di CapSquare Residences, pangsapuri setinggi 36 tingkat.
Smit, 18, dikatakan tinggal bersama warga Amerika Syarikat dan isterinya warga Kazakhstan, di rumah pasangan itu di tingkat 20.
Dia sebelum itu dilaporkan keluar minum bersama pasangan terbabit di Bangsar sebelum kembali ke kondo mereka.
Menurut peguam keluarga Smit, Sebas M Diekstra, rakaman itu yang bertarikh 7 Disember, jam 5.22 pagi itu didedahkan dengan bantuan penyiasat persendirian Britain, Mark Williams-Thomas, yang sebelum ini mendakwa ada usaha menutup kes itu.
Sementara itu, seorang jurucakap keluarga Smit berkata, gambar itu mungkin gambar Smit yang terakhir.
“Sukar untuk kita melihat gambarnya. Sudah tepat 2 bulan lalu (semalam) kami kehilangannya,” kata Fred Agenjo kepada FMT.
Menurutnya, rakaman CCTV turut menunjukkan Smit kelihatan sedikit mabuk dan menggoda dengan lelaki kulit putih itu, manakala seorang wanita dipercayai pasangannya mengekori mereka dari belakang “kelihatan OK saja”.
“Hanya satu perkara yang dapat kita simpulkan daripada gambar ini, dia keluar pada 5.22 pagi dan ini menetapkan garis masa yang sangat penting mengenai kematiannya,” katanya.
Smit berpindah ke Malaysia pada usia 3 tahun dan tinggal bersama datuk dan neneknya selama 13 tahun di Pulau Pinang.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, sementara menunggu keputusan bedah siasat dan patologi, yang masih belum dikeluarkan.
Mayat Smit disimpan di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur selama 21 hari sebelum diterbangkan ke Belanda untuk upacara pengkebumian, yang menerima liputan meluas media Belanda.
Terdahulu, bedah siasat ke-2 ke atas Smit menemukan lebam pada lengannya, yang mungkin berlaku sebelum beliau jatuh.
Dalam penemuannya, pakar patologi Dr Frank van der Goot berkata lebam pada lengan atas Ivana menunjukkan mungkin berlaku pergelutan sebelum beliau jatuh dan menemui ajal.
“Kami juga menemui dadah yang mungkin diambil lama sebelum kematiannya,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata kokain dan kesan dadah para-Methoxymethamphetamine (pMMA) didapati di dalam sistem tubuh Smit.
“Kombinasi pMMA dengan kokain boleh membawa maut, katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Rakaman "CCTV" Dedahkan Model Belanda Maut, "Di Dukung" Lelaki Kulit Putih
Sekianlah artikel Rakaman "CCTV" Dedahkan Model Belanda Maut, "Di Dukung" Lelaki Kulit Putih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rakaman "CCTV" Dedahkan Model Belanda Maut, "Di Dukung" Lelaki Kulit Putih dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/rakaman-cctv-dedahkan-model-belanda.html