RoS diminta jangan takut kepada Mahathir

RoS diminta jangan takut kepada Mahathir - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RoS diminta jangan takut kepada Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RoS diminta jangan takut kepada Mahathir
link : RoS diminta jangan takut kepada Mahathir

Baca juga


RoS diminta jangan takut kepada Mahathir

Bekas pengasas bersama PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berlaku tegas dalam isu parti itu yang didakwa melanggar perlembagaan.

Pada masa sama, beliau meminta agensi itu supaya tidak takut dan terperangkap kepada permainan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ros tidak boleh amalkan sifat pilih kasih hanya disebabkan Dr Mahathir peneraju PPBM dan Pakatan Harapan maka layanan istimewa diberikan. Sepatutnya ini tidak boleh berlaku.

“Saya berpendapat Tun Mahathir sudah pun sedar bahawa hayat PPBM tidak lama kerana parti itu melanggar peraturan atau perlembagaannya. Jadi beliau sekarang cuba salahkan pihak lain kononnya ada pihak yang cuba sabotaj,”katanya di Shah Alam hari ini.

Menurut Kamarul Azman tindakan segera perlu diambil memandangkan lebih 400 laporan sudah dikemukakan oleh akar umbi parti kepada RoS sebelum ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata RoS sudah memulakan siasatan terhadap PPBM berhubung status mesyuarat agung tahunan parti itu pada 30 Disember lalu yang mendapat bantahan ahli parti.


Demikianlah Artikel RoS diminta jangan takut kepada Mahathir

Sekianlah artikel RoS diminta jangan takut kepada Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RoS diminta jangan takut kepada Mahathir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/ros-diminta-jangan-takut-kepada-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates: