“Sakit Hanya Allah Yang Tahu” – Ezzaty Abdullah

“Sakit Hanya Allah Yang Tahu” – Ezzaty Abdullah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Sakit Hanya Allah Yang Tahu” – Ezzaty Abdullah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Sakit Hanya Allah Yang Tahu” – Ezzaty Abdullah
link : “Sakit Hanya Allah Yang Tahu” – Ezzaty Abdullah

Baca juga


“Sakit Hanya Allah Yang Tahu” – Ezzaty Abdullah

PELAKON Ezzaty Abdullah mendedahkan sepanjang lima hari berada di hospital pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhnya.

Ezzaty, 28, berkata dia sangat bersyukur memiliki suami, Azwan Kombos yang berkorban dan sentiasa berada disampingnya.

Pelakon drama Hello Mr.Perfect ini juga memberitahu dia sudah dibenarkan pulang pada Jumaat selepas melakukan pembedahan pada 29 Januari lalu.

“Alhamdulillah Jumaat yang penuh barakah ini saya dapat discharge dari hospital. Lima hari saya berada di hospital pelbagai dugaan dan cabaran saya tempuhi.

“Sakitnya hanya Allah dan orang yang pernah alami saja yang tahu. Terima kasih juga pada suami saya yang sentiasa bersama saya membantu saya di sini.

“Pengorbanan suami saya sepanjang saya berada di sini sangat saya sanjungi dan terharu,” kata Ezzaty menerusi laman Instagramnya.

Sakit Sejak 10 Hari, Ezzaty Alami Nanah Payudara

Ezzaty terpaksa melakukan pembedahan di Pusat Perubatan Pusrawi, Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap penyakit Breast Abscess (nanah payudara).

Kata Azwan, isterinya ada mengadu sakit di bahagian dada sepuluh hari lalu dan pernah dibawa mengurut serta jumpa doktor di klinik namun masih tidak ada perubahan.

Dalam pada itu, Ezzaty juga mengucapkan terima kasih kepada doktor pakar yang merawatnya iaitu Dr Razifah, jururawat dan semua peminat yang tidak putus mendoakannya.

Berkat doa dan kehadiran ahli keluarga memberi kekuatan buat Ezzaty untuk bertarung dengan penyakitnya.

“Alhamdulillah atas bantuan dari Allah, pakar Dr Razifah dan semua jururawat di Pusrawi juga saya dah sembuh.

“Jutaan terima kasih juga atas doa awak semua yang tak putus-putus untuk saya. Berkat doa awak semua juga menguatkan saya untuk terus bertarung di sini.

“Ahli keluarga yang datang melawat saya juga banyak memberi kekuatan pada saya. Ibu bapa saya juga hari-hari buat solat hajat untuk saya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah,” ujarnya.

The post “Sakit Hanya Allah Yang Tahu” – Ezzaty Abdullah appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Sakit Hanya Allah Yang Tahu” – Ezzaty Abdullah

Sekianlah artikel “Sakit Hanya Allah Yang Tahu” – Ezzaty Abdullah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Sakit Hanya Allah Yang Tahu” – Ezzaty Abdullah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/sakit-hanya-allah-yang-tahu-ezzaty.html

Subscribe to receive free email updates: