Samy Vellu Nyatakan Sokongan Untuk Najib Bukan Mahathir

Samy Vellu Nyatakan Sokongan Untuk Najib Bukan Mahathir - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Samy Vellu Nyatakan Sokongan Untuk Najib Bukan Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Samy Vellu Nyatakan Sokongan Untuk Najib Bukan Mahathir
link : Samy Vellu Nyatakan Sokongan Untuk Najib Bukan Mahathir

Baca juga


Samy Vellu Nyatakan Sokongan Untuk Najib Bukan Mahathir

Bekas Perdana Menteri yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad ditempelak besar apabila orang bersama dalam kabinet beliau ketika dia berkuasa menyatakan sokongannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan kepada Mahathir.

Bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu secara terbuka menyatakan kesetiannya kepada Najib.

Samy yang kini merupakan Duta Khas ke India dan Asia Selatan berkata, kesetiaan dan sokongan beliau hanya akan ‘berpihak’ kepada kepimpinan kerajaan kini yang diterajui dan bukan sebaliknya.

Walaupun setelah diasak beberapa kali oleh wartawan tentang pendapat beliau berhubung pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berpeluang memerintah negara, beliau enggan mengulas.

“Tidak ada komen. Jangan tanya saya tentang Mahathir kerana sokongan saya tetap pada pemerintah ketika ini. Saya tidak mahu dan tidak memberi sebarang komen tentang beliau.

“Pada saya, saya pernah bekerja dengan beliau selama 21 tahun. Kami bersama-sama telah bekerja dalam semua aspek, saya telah banyak bertemu beliau untuk mendapatkan nasihat kerana ketika itu beliau adalah Perdana Menteri.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang baik. Itu sahaja yang saya mahu katakan tetapi saya tidak akan beri apa-apa komen lebih dari itu. Tanya saya tentang pentadbiran kerajaan kini, saya sedia jawab.

“Tetapi kini, sokongan saya hanya berpihak kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak. Saya sentiasa sokong pentadbiran sekarang,” katanya selepas menghadiri sambutan Thaipusam yang ke-128 di kuil Sri Subramaniyar Swamy di Batu Caves, di ibu negara, hari ini.

Ahli politik veteran yang membawa impak besar kepada masyarakat India selama lebih 25 tahun itu turut memuji kepimpinan Najib.

“Negara kita kini sudah semakin moden, arus pentadbiran juga sudah berubah. Jika anda tanya tentang pendapat saya, negara kita sedang menuju kearah permodenan dan semakin maju,” ujarnya.

Tambah Samy, sokongan beliau tidak akan berubah malah sokongan itu akan kekal kepada Perdana Menteri yang seterusnya juga diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Mahathir pernah menuduh Samy tidak melakukan apa-apa sumbangan sehingga menyebabkan masyarakat India di negara ini mundur namun pada tahun 2012, Samy tampil memberi kenyataan kekalahan besar beliau di kerusi Parlimen Sungai Siput berpunca daripada Mahathir.

Anak beliau yang juga merupakan Bendahari Agung MIC ketika ini, Datuk Seri S. Vell Paari juga sentiasa tampil lantang menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN terutamanya Najib.


Demikianlah Artikel Samy Vellu Nyatakan Sokongan Untuk Najib Bukan Mahathir

Sekianlah artikel Samy Vellu Nyatakan Sokongan Untuk Najib Bukan Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Samy Vellu Nyatakan Sokongan Untuk Najib Bukan Mahathir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/samy-vellu-nyatakan-sokongan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: