link : Sathit jurulatih pertama dipecat
Sathit jurulatih pertama dipecat
Sathit Bensoh menjadi mangsa pertama yang ‘disingkirkan’ daripada tugasan jurulatih musim ini biarpun saingan Liga Malaysia (Liga-M) baharu tidak sampai sebulan berlangsung.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini mengumumkan pemecatan jurulatih import Thailand itu susulan prestasi buruk Kelantan selepas mengharungi tiga perlawanan liga.
Setiausaha Agungnya, Husin Deraman mengesahkan khidmat Sathit selaku ketua jurulatih The Red Warriors ditamatkan serta-merta, berkuat kuasa hari ini.
“Kita rasa tak boleh tunggu lagi dah walaupun KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dia (Sathit) hingga empat perlawanan pertama. Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira segala faktor termasuk ketidakmampuan dia mengemudi pasukan ini.
“Kita terpaksa buat perubahan drastik ini setelah tak puas hati dengan prestasi pasukan bukan sahaja dalam aksi persahabatan tetapi juga dalam tiga perlawanan Liga Super ini,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Pemecatan Sathit sememangnya sudah dijangka selepas pengendali berusia 42 tahun itu sekadar membantu Kelantan meraih satu mata daripada tiga perlawanan sekali gus menyaksikan pasukan itu menduduki tangga tercorot.
Malah ia merupakan kedudukan semasa terburuk dialami skuad pantai timur itu dalam sejarah penyertaan liga domestik utama negara, sejak musim 2009.
Menurutnya, penolong jurulatih, Yusri Che Lah akan memangku tugas selaku jurulatih interim sehingga pusingan pertama Liga Super berakhir, pada Mei nanti.
“Buat sementara waktu, Yusri akan menjalankan tugas selaku pengendali pasukan tetapi kalau keadaan memaksa kita memerlukan jurulatih baru, kita akan buat pertukaran segera,” katanya.
The post Sathit jurulatih pertama dipecat appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Sathit jurulatih pertama dipecat
Anda sekarang membaca artikel Sathit jurulatih pertama dipecat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/sathit-jurulatih-pertama-dipecat.html