link : ‘Satu Malaysia tuduh saya pembunuh’
‘Satu Malaysia tuduh saya pembunuh’
BARU-baru ini, tular di laman sosial mengenai kisah seorang wanita dikecam dan dituduh menjadi punca utama kematian seorang bayi yang dilahirkan di rumah.
Dalam satu perkongsian di akaun Facebook miliknya, wanita yang menawarkan khidmat ‘doula’ atau ‘peneman bersalin’ itu mendakwa sudah membuat laporan polis dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menfitnahnya.
Dalam posting itu, dia mengatakan ibu bapa bayi berkenaan tidak merancang untuk menggunakan kaedah ‘homebirth’ seperti dikatakan sesetengah laporan.
“Mereka juga tidak pasti kedudukan bayi pada ketika itu tetapi si ibu menyatakan bahawa last check up memang bayi belum dalam keadaan kepala di bawah. Maka tidak munasabah untuk mereka mengambil risiko untuk melakukan percubaan ‘homebirth’. Bahkan beliau mengatakan pada saya walaupun beliau ada berharap bayi pusing disaat akhir tetapi jika bayi tidak berpusing, beliau redha untuk emergency c-section,” tulis wanita tersebut.
Katanya lagi, ibu mangsa meneran ketika bersedia untuk ke hospital.
“Beliau meneran dan akhirnya terkeluar bayi dengan kaki dahulu dan disambut oleh suami. Bayi juga tidak bernafas setelah keluar sepenuhnya dan suami beliau call ambulans. Pihak ambulans datang dan cuba bagi bantuan untuk menyelamatkan bayi malangnya bayi sudah tiada.
“Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pada saya menyatakan saya mendoula pasangan berkenaan, mempengaruhi untuk melakukan ‘homebirth’ adalah tidak benar sama sekali. Dalam keadaan saya juga sarat mengandung 39 minggu lebih mustahil saya mampu untuk mendoula ibu yang mana kerja ini memerlukan tenaga dan daya kudrat yang tinggi,” jelasnya.
Kata wanita itu, dia masih belum dihubungi mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa untuk diambil keterangan.
“Akan tetapi tularan post daripada beberapa laman Facebook dan beberapa profil Facebook individu telah mendakwa saya terlibat membantu pasangan terbabit untuk melakukan ‘homebirth’ secara sengaja.
“Dengan ini saya lampirkan laporan polis terhadap semua tuduhan yang tidak benar ke atas saya. Saya berharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak menjelaskan pada semua tentang kes ini dan kita doakan ibu dan bapa berkenaan diberi kekuatan menghadapi ujian ini,” katanya.
Dalam posting tersebut, satu salinan laporan polis juga dimuat naik untuk tatapan umum.
Perkongsian wanita tersebut tular dan dikongsi hampir 2,000 pengguna Facebook.
The post ‘Satu Malaysia tuduh saya pembunuh’ appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel ‘Satu Malaysia tuduh saya pembunuh’
Anda sekarang membaca artikel ‘Satu Malaysia tuduh saya pembunuh’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/satu-malaysia-tuduh-saya-pembunuh.html