Sayangnya PAS kepada Khalid Ibrahim...

Sayangnya PAS kepada Khalid Ibrahim... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sayangnya PAS kepada Khalid Ibrahim..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sayangnya PAS kepada Khalid Ibrahim...
link : Sayangnya PAS kepada Khalid Ibrahim...

Baca juga


Sayangnya PAS kepada Khalid Ibrahim...

Jarang-jarang terjadi untuk parti yang ada struktuk politik seperti PAS mempelawa individu bukan ahli untuk bertanding mewakili parti itu.

Tapi bekas MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 'lampu hijau' dari Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi untuk bertanding di bawah simbol parti Islam itu tanpa perlu jadi ahli.

"Saya rasa tidak perlu untuk beliau menyertai PAS buat waktu ini. Mungkin beliau rasa tidak selesa melakukannya sekarang.

"Jika beliau mahu bertanding menggunakan tiket PAS atau Bebas, macam mana pun kami akan sokong dia.

"PAS boleh mendapatkan kerusi yang sesuai untuk Khalid," katanya.

Menurut Sallehen jika ADUN Pelabuhan Klang itu mahu bertanding sebagai calon bebas PAS di kerusi yang turut disasarkan parti itu, mereka sedia mempertimbangkan untuk memberi laluan kepadanya.

Malah menurut ADUN Sabak itu, hubungan PAS dengan Abdul Khalid memang terjalin baik sejak 2008, justeru Khalid bukanlah orang asing kepada PAS

"PAS Selangor sentiasa memberi sokongan penuh kepada beliau semasa menjadi menteri besar.

"Khalid mentadbir Selangor dengan begitu baik, telus dan sangat dihormati sebagai tokoh korporat," katanya.

Sebelum ini Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang dipetik Sinar Harian berkata, PAS sedia menawarkan kerusi kepada Abdul Khalid dengan syarat, pemimpin itu menyertai PAS.

Roslan Shahir dipetik sebagai berkata, fasa memujuk Abdul Khalid berterusan, namun PAS menghormati pendirian ADUN Pelabuhan Klang itu yang memilih untuk kekal sebagai ADUN Bebas.

Abdul Khalid sebelum ini berkali-kali menyatakan enggan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau bagaimanapun dilihat kerap hadir ke program anjuran PAS, namun menyatakan dirinya hanya menyokong parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Hadi dalam kenyataannya baru-baru ini berkata PAS berhasrat membentuk kerajaan di Selangor, yang kini dipimpin PKR di bawah teraju Datuk Seri Azmin Ali.

Pada PRU13 lalu, PAS memperoleh 15 kerusi DUN di Selangor, menjadi antara parti memperoleh kerusi majoriti di samping DAP.

Namun bilangan itu berkurangan menjadi 13 selepas dua wakil rakyatnya menyertai PAN.


Demikianlah Artikel Sayangnya PAS kepada Khalid Ibrahim...

Sekianlah artikel Sayangnya PAS kepada Khalid Ibrahim... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sayangnya PAS kepada Khalid Ibrahim... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/sayangnya-pas-kepada-khalid-ibrahim.html

Subscribe to receive free email updates: