SINDIRAN PM KEPADA PEMIMPIN MALU NGAKU KERAKYATAN

SINDIRAN PM KEPADA PEMIMPIN MALU NGAKU KERAKYATAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SINDIRAN PM KEPADA PEMIMPIN MALU NGAKU KERAKYATAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SINDIRAN PM KEPADA PEMIMPIN MALU NGAKU KERAKYATAN
link : SINDIRAN PM KEPADA PEMIMPIN MALU NGAKU KERAKYATAN

Baca juga


SINDIRAN PM KEPADA PEMIMPIN MALU NGAKU KERAKYATAN

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak individu yang dikatakan tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia meskipun mendapat manfaat besar daripada Kerajaan Persekutuan.

Walaupun tidak menamakan secara spesifik, kenyataan Perdana Menteri itu merujuk kepada dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini yang dikatakan malu mengaku dirinya rakyat Malaysia apabila berada di luar negara.

Mukriz dalam kenyataan itu berkata, beliau sedih apabila Malaysia hanya dikenali akibat salah laku pemimpin negara dan bukannya kerana kemajuan.

Najib nada sinis berkata, individu yang mengeluarkan kenyataan itu seolah-olah lupa bahawa keluarganya sudah mendapat kemewahan daripada pelbagai projek yang diperoleh termasuk disenaraikan di kalangan orang yang terkaya di Malaysia.

"Zaman saya, semua pihak mendapat manfaat termasuk dari baju merah, biru dan hijau, ini lah kerajaan kita,

"Jangan tidak bangga jadi rakyat Malaysia, kalau tak bangga, macam orang Kedah kata 'pi la jauh jauh, tak payah (tinggal) di sini,"

"Abang ada puluhan kereta mewah, tersenarai antara orang terkaya dalam Malaysia, dapat kontrak dari Petronas berbilion, nak marah apa lagi, Malaysia tempat lahir dan tempat cari rezeki kita dan insya-ALLAH tempat bersemadi suatu hari nanti,"katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perdana Menteri bersama Kakitangan Awam di Wisma Persekutuan di sini hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam pada itu, Perdana Menteri yakin tindakan memburukkan negara itu dilakukan bukan kerana prinsip, sebaliknya marah apabila gagal mendapat sesuatu yang dikehendaki.

"Kita kena ada prinsip, oleh kerana sebab tidak dapat kehendak kita, seperti kata pepatah, 'marah kepada kelambu, rumah dibakar', selama ini dia dapat banyak faedah, sekarang sudah tidak dapat,"

"Kita yang ada di sini tidak dapat kontrak Petronas, tidak ada kereta mewah seperti Lamborghini, Maserati, tetapi tuan-tuan masih di belakang kerajaan dan pendokong setia," katanya kepada hadirin yang hadir.

Dalam pada itu Najib menjelaskan negara kini dipandang tinggi oleh pemimpin luar sebagaimana penerimaan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz yang mengiktiraf dasar yang dibawa oleh negara.

Beliau memberi contoh bagaimana Raja Salman menambah kuota Haji kepada rakyat Malaysia, selain menerima kunjungan beliau ke Arab Saudi dengan layanan yang cukup istimewa.

"Kalau lah kita tidak mempunyai hubungan baik dan mereka tidak hormat kita, masakan baginda mengizinkan saya masuk makam Rasullullah SAW yang biasa diziarahi dari luar selain dapat memasuki Kaabah," katanya


Demikianlah Artikel SINDIRAN PM KEPADA PEMIMPIN MALU NGAKU KERAKYATAN

Sekianlah artikel SINDIRAN PM KEPADA PEMIMPIN MALU NGAKU KERAKYATAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SINDIRAN PM KEPADA PEMIMPIN MALU NGAKU KERAKYATAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/sindiran-pm-kepada-pemimpin-malu-ngaku.html

Subscribe to receive free email updates: