Spider Sentiasa Aktif, Tiada Istilah ‘Comeback’

Spider Sentiasa Aktif, Tiada Istilah ‘Comeback’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Spider Sentiasa Aktif, Tiada Istilah ‘Comeback’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Spider Sentiasa Aktif, Tiada Istilah ‘Comeback’
link : Spider Sentiasa Aktif, Tiada Istilah ‘Comeback’

Baca juga


Spider Sentiasa Aktif, Tiada Istilah ‘Comeback’

KUMPULAN Spider tidak pernah ada istilah ‘comeback’ dan menyerah kalah biarpun pasaran muzik ketika ini tidak seperti dahulu.

Menurut vokalisnya Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 45, dia dan anggota yang lain percaya album terbaharu mereka, Kabut akan mendapat sambutan.

“Kami tidak ada istilah comeback sebab Spider sentiasa aktif. Malah, tahun lalu kami ada keluarkan album terbaru berjudul Kabut.

“Cuma ada pihak yang tidak mempromosikan album tersebut menyebabkan ramai yang tidak tahu. Pasaran muzik sekarang ini tidak seperti dahulu, mungkin orang tidak suka album dan lebih memilih single.

“Tapi menyerah kalah itu tak ada dalam kamus. kami percaya yang Insya-Allah waktu itu akan tiba dan album dapat sambutan,” kata Tam .

Tam menjawab persoalan segelintir pihak yang beranggapan kumpulan yang popular dengan lagu Rela Ku Pujuk itu sudah tidak aktif dalam industri muzik.

Bercerita mengenai penglibatannya sebagai mentor dalam program Mentor Otai, Tam akui penonton juga mahu melihat peserta yang mempunyai sifat kelakar selain berbakat dalam nyanyian.

“Kalau nak mengikut peredaran zaman, saya tengok sekarang ini orang tak pandang sangat bakat. Penonton lebih suka yang kelakar. Jadi saya kena ambil kira sikit bab itu.

“Program ini untuk rakyat, takut terlalu formal mereka tak faham. Ini adalah pandangan saya. Tapi utamanya tetap yang berbakat, boleh menyanyi.

“Kalau ada kebolehan main muzik dan menari itu juga satu bonus untuk menjadi pilihan sebagai protege saya,” ujarnya.

Selain Tam, tiga orang penyanyi yang menjadi mentor iaitu Misha Omar, Zarul Husin dan Siti Sarah.

Sesi uji bakat bagi mencari dua orang protege yang berusia 35 hingga 55 tahun bagi setiap mentor diadakan pada Sabtu dan Ahad bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang di Hotel Royale Chulan, Damansara.

Program yang bakal dikendali oleh penyanyi Elly Mazlein dan penyampai radio Hot FM, Haziq itu akan mula bersiaran pada pertengahan bulan Mac di TV3.

The post Spider Sentiasa Aktif, Tiada Istilah ‘Comeback’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Spider Sentiasa Aktif, Tiada Istilah ‘Comeback’

Sekianlah artikel Spider Sentiasa Aktif, Tiada Istilah ‘Comeback’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Spider Sentiasa Aktif, Tiada Istilah ‘Comeback’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/spider-sentiasa-aktif-tiada-istilah.html

Subscribe to receive free email updates: