Sudah Dekat Dengan #PRU14, Pembangkang Mula Recycle Cerita Lama

Sudah Dekat Dengan #PRU14, Pembangkang Mula Recycle Cerita Lama - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sudah Dekat Dengan #PRU14, Pembangkang Mula Recycle Cerita Lama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sudah Dekat Dengan #PRU14, Pembangkang Mula Recycle Cerita Lama
link : Sudah Dekat Dengan #PRU14, Pembangkang Mula Recycle Cerita Lama

Baca juga


Sudah Dekat Dengan #PRU14, Pembangkang Mula Recycle Cerita Lama

Perangai guna cerita lama untuk burukkan kerajaan adalah satu bukti bahawa pihak berkenaan sudah tidak ada isu untuk digunakan sebagai motif jahat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahan lagi apabila dekat-dekat hendak pilihan raya dan masa sudah semakin suntuk untuk rosakkan persepsi rakyat, makin banyak cerita-cerita yang ‘recycle’ dan guna semula akan timbul dan digunakan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad paling tahu bagaimana BN berfungsi dengan sempurna untuk rakyat dan tiada penyelewengan berlaku dalam mentadbir negara. Beliau tahu jika cipta banyak cerita bohong untuk cuba jatuhkan Najib dan BN, lambat laun dia akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

Mahathir guna strategi ulang-ulang isu yang sama walaupun sudah diperjelaskan dan dijawab oleh kerajaan. Kemungkinan sebahagian besar rakyat tidak akan percaya, tapi segelintir yang mudah terpengaruh mesti mudah terpedaya.

Di media sosial Facebook, pembangkang kini ulang guna semula cerita tentang projek Bandar Malaysia di tapak Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang sudah dipindahkan ke Pangkalan Udara TUDM yang lebih baik di Sendayan.

Penyokong PH kata, tanah di tapak projek berkenaan sudah digadaikan kepada negara China. Faktanya, dalam Konsortium ICBS, pegangan saham antara pihak Konsortium adalah sebanyak 40 peratus oleh syarikat China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) manakala 60 peratus oleh Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH).

Pegangan saham IWH pula terdiri daripada sebanyak 40% oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ – Kerajaan Negeri Johor) dan 60% dimiliki oleh ‘Credence Resources’ yang diuruskan oleh Tan Sri Lim Kang Hoo. Kalau dilihat dari pegangan pemilikan tanah Bandar Malaysia pula ia dimiliki oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau Menteri Kewangan Diperbadankan sebanyak 40 peratus dan baki 60 peratus lagi oleh Konsortium IWH-CREC.

Pemilikan utama projek adalah 76 peratus dimiliki oleh Malaysia dan sebanyak 24 peratus oleh China.

Pada 20 Mei tahun lepas, Tun Razak Exchange City telah batalkan perjanjian dengan konsortium ICBS yang terdiri daripada IWH dan CREC. Kerana langkah pembatalan ini, Kementerian Kewangan yang memiliki 100 peratus projek TRX City kini memiliki 100 peratus Bandar Malaysia.

Tidak masuk akal, jika dituduh 100 peratus tanah dan projek berkenaan sudah digadaikan kepada China kerana semuanya masih dimiliki oleh kerajaan Malaysia.

Najib pun sudah menyatakan bahawa beliau tidak akan sekali-kali menggadaikan kedaulatan negara dalam apa-apa juga projek yang melibatkan syarikat dari luar negara.

Perkara itu disebut oleh Najib pada Jun tahun lepas yang menyebut kedaulatan negara tidak akan dikompromi walaupun sedikit lantaran hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan China.

“Sesetengah orang ada yang fikir lebih elok memiliki syarikat 100 peratus Malaysia yang mengalami kerugian berbanding membuka peratus pemilikan kepada syarikat yang berpeluang untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas, skala ekonomi dan teknologi terkini.

“Saya bertanya kepada anda, yang mana satu akan mewujudkan lebih banyak kekayaan dan pekerjaan untuk rakyat Malaysia? Jawapannya adalah jelas,” katanya.

Mereka juga recycle cerita berkaitan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu walaupun mahkamah sudah pun membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang bersalah dan terlibat.

Pada saat begini undang-undang kekang berita palsu yang dicadangkan oleh Perdana Menteri amat penting kerana penyebaran maklumat dan berita seumpama itu boleh merosakkan kestabilan demokrasi negara ini.


Demikianlah Artikel Sudah Dekat Dengan #PRU14, Pembangkang Mula Recycle Cerita Lama

Sekianlah artikel Sudah Dekat Dengan #PRU14, Pembangkang Mula Recycle Cerita Lama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sudah Dekat Dengan #PRU14, Pembangkang Mula Recycle Cerita Lama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/sudah-dekat-dengan-pru14-pembangkang.html

Subscribe to receive free email updates: