link : Tahniah! Nora, Nedim Dapat Putera
Tahniah! Nora, Nedim Dapat Putera
Aktres Nora Danish telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, pagi ini.
Lapor BH online, berita gembira tersebut itu dikongsi teman baik Nora, Betty Rahmad yang memuat naik video pelakon filem Makrifat Cinta itu dan suami, Nedim Nazri yang kelihatan sedang mengendong bayi mereka, melalui aplikasi InstaStory Instagram.
Sementara itu, Nedim menerusi video di InstaStory Instagram miliknya memberitahu isterinya selamat melahirkan bayi lelaki.
“Syukur Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki. Kami akan tunjukkan wajah Ney Ney tidak lama lagi dan terima kasih atas doa anda semua,” katanya
Nora, 35, mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada Menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Mohamed Nazri Abdul Aziz, pada 30 Mac tahun lalu.
Terdahulu Nora mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9, hasil perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli sebelum bercerai pada Julai 2008.
The post Tahniah! Nora, Nedim Dapat Putera appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tahniah! Nora, Nedim Dapat Putera
Anda sekarang membaca artikel Tahniah! Nora, Nedim Dapat Putera dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/tahniah-nora-nedim-dapat-putera.html