Terbukti bukan PAS punca pakatan selalu bergaduh - Sallehen...Sebenarnya Berebut Nak Berkuasa

Terbukti bukan PAS punca pakatan selalu bergaduh - Sallehen...Sebenarnya Berebut Nak Berkuasa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terbukti bukan PAS punca pakatan selalu bergaduh - Sallehen...Sebenarnya Berebut Nak Berkuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terbukti bukan PAS punca pakatan selalu bergaduh - Sallehen...Sebenarnya Berebut Nak Berkuasa
link : Terbukti bukan PAS punca pakatan selalu bergaduh - Sallehen...Sebenarnya Berebut Nak Berkuasa

Baca juga


Terbukti bukan PAS punca pakatan selalu bergaduh - Sallehen...Sebenarnya Berebut Nak Berkuasa

SHAH ALAM: Sudah terbuti bukan PAS yang menjadi punca Pakatan Rakyat (PR) bertelagah semasa sendiri sebelum parti itu mengambil keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR.

Pesuruhjaya PAS, Sallehen Mukhyi berkata kini PAS tiada dalam Pakatan Harapan (PH) namun sehingga kini parti-parti komponennya bergaduh dan terus bercanggah pendapat dalam banyak isu.

"Dulu orang kata yang jadi punca perbalahan dalam Pakatan Rakyat adalah PAS. Sekarang PAS sudah tak ada (dalam Pakatan) tapi Pakatan Harapan masih tetap bergolak.

"Jadi sebenarnya yang dulu (perbalahan) tu bukan PAS yang jadi punca. PAS tak ada pun mereka masih lagi berbalah. Malah perkataan yang digunakan pemimpin PAN (Amanah) kepada YB Azmin jauh lebih kasar dan kita pun tak lalu nak menggelarkan perkataan bukan-bukan pada Azmin," katanya kepada pemberita.

Sallehen berkata demikian mengulas pertelagahan antara PKR, Amanah, PPBM dan DAP berhubung pembahagian kerusi di Selangor menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Amanah, Ir Izham Hashim sebelum ini dilaporkan memanggil Pengerusi PH Selangor yang juga Menteri Besar Selangor sebagai 'joker' selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan menubuhkan jawatankuasa khas bagi tujuan agih kerusi.

Pun begitu, Azmin akhirnya akur dan menukar nama Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor kepada Jawatankuasa Pengagihan Kerusi PH Selangor, yang dipengerusikan Zuraida Kamaruddin.

Jawatankuasa agih kerusi itu kini berusaha menyelesaikan baki 21 kerusi yang dikatakan bertindih dan menjadi rebutan sesama empat parti komponen PH Selangor itu.

PKR bertegas mahu mendapat lebih kerusi DUN pada PRU14 ia mencetuskan rasa tidak puas hati parti komponen PH Selangor yang lain.

Ketika diminta mengulas lanjut perkara itu, Sallehen berkata beliau enggan masuk campur urusan rumahtangga PH negeri itu.

"Kita pun tak nak masuk hal rumahtangga orang. Biarlah mereka perbaiki dan walaupun semua itu sudah kita jangkakan akan berlaku.

"Ini belum menang lagi, saya rasa kalau menang perbalahan itu akan jadi lebih teruk lagi untuk agih kuasa, jawatan dan sebagainya," katanya lagi.
 
Terdahulu, sebuah portal melaporkan PKR dikatakan akan bertanding 19 kerusi DUN, DAP (18), PPBM (10), dan Amanah (sembilan) kerusi.


Demikianlah Artikel Terbukti bukan PAS punca pakatan selalu bergaduh - Sallehen...Sebenarnya Berebut Nak Berkuasa

Sekianlah artikel Terbukti bukan PAS punca pakatan selalu bergaduh - Sallehen...Sebenarnya Berebut Nak Berkuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terbukti bukan PAS punca pakatan selalu bergaduh - Sallehen...Sebenarnya Berebut Nak Berkuasa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/terbukti-bukan-pas-punca-pakatan-selalu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :