link : “Tidak Keterlaluan, Hanya Kongsi Kebahagiaan” – Izzue Islam
“Tidak Keterlaluan, Hanya Kongsi Kebahagiaan” – Izzue Islam
SERING kali memuat naik foto mesra bersama isteri di laman Instagram, penyanyi Izzue Islam menerima kecaman netizen yang menganggap dia sengaja menunjuk-nunjuk kebahagiaan.
Menurut Izzue, 27, apa yang dikongsi di laman sosial itu hanyalah sebahagian perjalanan hidupnya bersama isteri iaitu Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin.
“Foto yang kami kongsi di Instagram hanyalah gambar biasa bersama isteri, tak bermaksud nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan atau nak tarik perhatian orang.
“Awin sebahagian hidup saya dan kami melalui detik bahagia. Lagi pula, foto yang kami kongsi tak keterlaluan dan hanya momen sebagai suami dan isteri.
“Tunggulah… nanti kami dah anak, rasanya gambar anak pula yang banyak. Sekarang ini biarlah masa saya dengan isteri dahulu,” katanya.
Izzue diminta mengulas mengenai kritikan netizen terhadap gambar dan video mesra dia bersama isteri dia atas katil yang dimuat naik di laman sosial, baru-baru ini.
Sementara itu, pelakon filem Aliff Dalam 7 Dimensi ini berkata dia menerima kritikan dan memohon maaf jika foto yang dikongsi itu membuatkan sesetengah pihak kurang senang.
Ujarnya lagi, dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak dan berharap netizen tidak membuat andaian keterlaluan dengan tindakannya itu.
“Kalau kongsi gambar biasa-biasa kena kecam, gambar mesra sikit pun kena juga. Mujurlah isteri sudah biasa dengan situasi begini dan dia okay sahaja.
“Apa-apa pun, saya minta maaf pada mereka yang tersinggung dengan posting begitu kerana saya faham tak semua orang suka kita. Bagaimanapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada yang terus menyokong,” katanya.
Izzue atau Muhammadd Izzul Islam Mazlan dan Awin berkahwin pada 2 Jun 2013.
Bercakap mengenai single terbaharu berjudul Muzik Tiduranku, Izzue berkata, lagu tersebut digubah istimewa untuk isteri tersayang.
Muzik video lagu Muzik Tiduranku menjalani penggambaran di Jordan dan sudah boleh ditonton di laman Youtube.
Malah, penggambaran muzik video (MV) lagu tersebut dilakukan di Jordan ketika dia menjalani penggambaran filem baharu arahan Aziz M. Osman berjudul XX Ray 3.
“Lagu ini dicipta pada tahun 2008 ketika pertama kali bertemu Awin. Akhirnya, lagu ini menjadi single ketiga saya setelah diyakinkan oleh isteri.
“Alang-alang ada shooting di Jordan, kami ambil kesempatan buat rakaman MV sekali. Puas saya pujuk isteri untuk ada sekali dalam MV ini, dia bersetuju tapi dengan syarat penampilannya hujung-hujung saja.
“Lagu ini tentang seorang kekasih yang merindukan cinta hatinya walau di mana pun dia berada. Sebenarnya tak kisah untuk siapa pun, boleh jadi keluarga, kekasih, teman atau sesiapa saja,” katanya.
The post “Tidak Keterlaluan, Hanya Kongsi Kebahagiaan” – Izzue Islam appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Tidak Keterlaluan, Hanya Kongsi Kebahagiaan” – Izzue Islam
Anda sekarang membaca artikel “Tidak Keterlaluan, Hanya Kongsi Kebahagiaan” – Izzue Islam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/tidak-keterlaluan-hanya-kongsi.html