Tun M Cuba ‘Disucikan’ Tak Pernah Diskriminasi Kelantan

Tun M Cuba ‘Disucikan’ Tak Pernah Diskriminasi Kelantan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M Cuba ‘Disucikan’ Tak Pernah Diskriminasi Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M Cuba ‘Disucikan’ Tak Pernah Diskriminasi Kelantan
link : Tun M Cuba ‘Disucikan’ Tak Pernah Diskriminasi Kelantan

Baca juga


Tun M Cuba ‘Disucikan’ Tak Pernah Diskriminasi Kelantan

KUALA LUMPUR – Ucapan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Husam Musa dalam satu ceramah semalam kononnya Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah mendiskrimasi Kelantan selama ini dibidas.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, ucapan Husam itu bertentangan dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh beliau dan Pengerusi PAN, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sewaktu mereka berada dalam PAS.

Malah, katanya, ucapan Husam turut bertentangan dengan pendirian Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mantan Mursidul Am PAS berhubung perbuatan Mahathir keatas Kelantan.

“Wan Abdul Rahim pernah berkata permintaan Nik Abdul Aziz sejak tahun 1991 menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri ketika itu, Mahathir agar diwujudkan satu pelabuhan di Kelantan tidak dilayan.

“Penegasan Nik Abdul Aziz mengenai diskriminasi Mahathir terhadap Kelantan terlalu banyak direkodkan dan tidak jauh berbeza daripada kenyataan Husam dan Wan Abdul Rahim (sebelum ini),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Kamarul berkata, malah, bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini bersama DAP Datuk Zaid Ibrahim pernah mengakui diskriminasi Mahathir terhadap Kelantan dalam satu tulisan beliau pada tahun 2009.

Tambah beliau, diskriminasi Mahathir terhadap Kelantan juga disebut dalam tesis PhD Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff pada tahun 1998 bertajuk “Federalism in Malaysia: A Study of the Politics of Centre-State Relations”.

“Tidak sangka sampai ke tahap ini cubaan mensucikan Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan dan selaku calon Perdana Menteri Pakatan Harapan boleh berlaku di kalangan pemimpin Pakatan Harapan Kelantan,” katanya. 


Demikianlah Artikel Tun M Cuba ‘Disucikan’ Tak Pernah Diskriminasi Kelantan

Sekianlah artikel Tun M Cuba ‘Disucikan’ Tak Pernah Diskriminasi Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M Cuba ‘Disucikan’ Tak Pernah Diskriminasi Kelantan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/tun-m-cuba-disucikan-tak-pernah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :