UMNO Parti Demokrasi Ultra Populis – Salleh

UMNO Parti Demokrasi Ultra Populis – Salleh - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Parti Demokrasi Ultra Populis – Salleh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Parti Demokrasi Ultra Populis – Salleh
link : UMNO Parti Demokrasi Ultra Populis – Salleh

Baca juga


UMNO Parti Demokrasi Ultra Populis – Salleh

KUALA LUMPUR – UMNO masih gagah bertahan selama 72 tahun dan menjadi parti yang paling lama berkuasa di dunia kerana bersifat ultra populis, kata Bendaharinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata ini kerana, UMNO peka dengan keperluan rakyat, memahami aspirasi rakyat, menjaga hubungan baik dengan parti komponen, melindungi rakyat semua kaum, membantu rakyat miskin, dan menjaga kebajikan rakyat.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata UMNO hari ini adalah parti hebat yang akan memastikan Melayu tidak hilang di dunia malah, kekal maju dan progresif.

“Semua ini boleh dicapai kerana UMNO di bawah kepimpinan sekarang adalah parti demokrasi ultra populis yang mendapat sokongan padu majoriti orang Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya menerusi catatan terbaharu blog beliau, sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Menurutnya di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, parti keramat orang Melayu itu telah menjadi lebih baik.

“Kepimpinannya adalah demokratik dan Islamik. Dikatakan demokratik kerana Datuk Seri Najib boleh menerima perbezaan politik dan tidak pernah ada dalam rekod kepimpinannya yang rakyat mati atau cedera kerana perbezaan parti.

“Dikatakan Islamik kerana beliau sedia mengetepikan perbezaan politik dengan PAS demi kepentingan Islam, dan menjalin hubungan baik dengan kerajaan PAS Kelantan demi kesejahteraan orang Melayu Islam di negeri itu,” katanya.

Salleh berkata Najib turut memperkenalkan Indeks Syariah, yang pertama seumpamanya di dunia, untuk menilai dan mengukur keseriusan kerajaan dalam mencapai lima aspek Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta.

Hasil usaha ini, katanya, Skor Indeks Syariah Malaysia pada 2017 adalah 76.06 peratus yang meningkat 0.64 peratus berbanding skor pada 2015 iaitu 75.42%.

Beliau berkata di bawah kepimpinan Najib, UMNO juga semakin mantap membela Raja-raja Melayu selain mempertahankan bangsa Melayu dan Bumiputera. – BERNAMA


Demikianlah Artikel UMNO Parti Demokrasi Ultra Populis – Salleh

Sekianlah artikel UMNO Parti Demokrasi Ultra Populis – Salleh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Parti Demokrasi Ultra Populis – Salleh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/umno-parti-demokrasi-ultra-populis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :