Zaiton Man, 48, dituduh menawarkan pakej umrah yang tidak wujud sehingga memperdaya kesemua mangsa untuk menyerahkan wang secara tunai dan memasukkan wang berjumlah RM44,000 ke dalam akaun milik tertuduh.
ertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 31 Disember 2016 hingga 20 Oktober tahun lalu di Felda Keratong, Bandar Muadzam Shah dan Bandar Tun Razak di sini.
Majistret Najwa Hashim menetapkan nilai jaminan keseluruhan RM35,500 dan 15 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syamsul Kahar Ahmad Nadri dan tertuduh diwakili peguam Osman Abdullah.
Terdahulu, akhbar mela­porkan seramai 48 individu termasuk peneroka Felda Keratong, Rompin mendakwa kerugian kira-kira RM300,000 ditipu seorang wanita dikenali sebagai ‘Kak Ton’ yang menawarkan pakej umrah.
Mangsa yang kecewa kera­na gagal ke Tanah Suci pada tarikh dijanjikan iaitu awal Disember lalu membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah di sini.
Difahamkan, Zaiton adalah wakil syarikat berpangkalan di Kamunting, Perak dan syarikat itu pula beker­jasama dengan beberapa agensi umrah lain untuk menghantar individu terlibat mengerjakan umrah. #sumber