link : Zainol Mac Wilson tidak restu Zahirah, Zul Ariffin bercinta
Zainol Mac Wilson tidak restu Zahirah, Zul Ariffin bercinta
PELAKON Zainol Mac Wilson menegaskan dia tidak pernah mempunyai masalah dengan Zul Ariffin yang dikatakan kini sedang berkawan rapat dengan anak perempuannya, Zahirah Mac Wilson.
Biarpun sebelum ini Zainol pernah membuat kenyataan tidak mahu Zahirah terbabit dengan cinta lokasi dengan mana-mana lelaki termasuk Zul, itu tidak bermakna dia memusuhi aktor terbabit.
Zainol yang ditemui di majlis sidang media DFKL yang berlangsung petang Selasa, bagaimanapun mengakui kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan Zul dalam sebuah program hiburan baru-baru ini yang meminta dirinya agar bersikap lebih matang.
“Usia saya kini dah nak masuk 60 tahun, malah sudah berkahwin dua kali dan mempunyai empat orang anak yang sedang membesar. Saya rasa dah cukup matang tentang kehidupan.
“Jadi apakah kematangan yang dia maksudkan dengan kenyataan tersebut?
“Saya tak nak bermusuh dengan dia, malah tidak halang dia untuk berkawan dengan anak saya tapi cukup sekadar berkawan sahaja dan tidak perlu lebih daripada itu,” tegas Zainol.
Tambah Zainol, dia juga telah beberapa kali menasihati dan mengingatkan Zahirah agar hanya menumpukan perhatian pada kerjaya seni kerana tidak mahu fokus anaknya terganggu dengan kisah cinta.
“Saya memang ada hak untuk menegur dan menasihati anak saya. Walaupun Zahirah sudah berusia 23 tahun, tapi saya masih ayah dia, masih lagi wujud.
The post Zainol Mac Wilson tidak restu Zahirah, Zul Ariffin bercinta appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Zainol Mac Wilson tidak restu Zahirah, Zul Ariffin bercinta
Anda sekarang membaca artikel Zainol Mac Wilson tidak restu Zahirah, Zul Ariffin bercinta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/zainol-mac-wilson-tidak-restu-zahirah.html