ZAMBRY JADI BATU PENGHALANG PAKATAN KUASAI PERAK

ZAMBRY JADI BATU PENGHALANG PAKATAN KUASAI PERAK - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ZAMBRY JADI BATU PENGHALANG PAKATAN KUASAI PERAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ZAMBRY JADI BATU PENGHALANG PAKATAN KUASAI PERAK
link : ZAMBRY JADI BATU PENGHALANG PAKATAN KUASAI PERAK

Baca juga


ZAMBRY JADI BATU PENGHALANG PAKATAN KUASAI PERAK

IPOH: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak Datuk Saarani Mohamad menyifatkan serangan pembangkang terhadap Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir disebabkan menteri besar Perak itu batu penghalang untuk mereka menawan negeri ini.

Beliau berkata, hakikatnya, pembangkang ketandusan isu untuk mengkritik Zambry.“Mereka tahu selagi Zambry memimpin kerajaan negeri, mereka tiada isu untuk dibangkitkan.“Ulasan dalam portal berita (pembangkang) yang condong kepada mereka mengakui Zambry adalah batu penghalang untuk mereka menawan Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saarani yang juga Ketua Whip Adun Barisan Nasional Perak berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Adun Sitiawan Datuk Ngeh Koo Ham membangkitkan isu pembayaran bonus dan pemberian kereta mewah kepada Zambry oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) semalam.

Mengulas lanjut, Saarani berkata tuduhan tersebut menggunakan isu kitar semula yang dijawab berulang kali sama ada dalam mahupun luar persidangan DUN.“Perkara (bayaran bonus) itu sudah berkali-kali dijelaskan, ia dibayar semasa PKNP memperoleh keuntungan dan bayaran berkenaan bukan sahaja diterima oleh pengerusi tetapi juga pegawai dan kakitangan perbadanan tersebut.

“Kereta yang dibeli oleh PKNP untuk kegunaan menteri besar bukanlah milik peribadi beliau seperti mana didakwa tetapi untuk kegunaan syarikat,” katanya.Saarani juga bertanya sama ada wakil rakyat DAP itu berani menongkah arus mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletak jawatan susulan beberapa skandal yang dihadapinya.

“Ini membuktikan sikap hipokrit tahap tinggi dimiliki pemimpin DAP di Perak dengan mencipta ‘skandal’ dan fitnah memburuk-burukkan orang lain tetapi menutup mata dan mengunci mulut terhadap skandal dihadapi pemimpin mereka sendiri,” tegas Saarani.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP semalam, Ngeh memdakwa Zambry menerima bonus sebanyak RM115,000 dan pembelian kereta mewah jenis Audi Q7 bernilai RM620,996 daripada PKNP.


Demikianlah Artikel ZAMBRY JADI BATU PENGHALANG PAKATAN KUASAI PERAK

Sekianlah artikel ZAMBRY JADI BATU PENGHALANG PAKATAN KUASAI PERAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ZAMBRY JADI BATU PENGHALANG PAKATAN KUASAI PERAK dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/zambry-jadi-batu-penghalang-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates: