link : 14 ciri lelaki pilihan Zizi Kirana
14 ciri lelaki pilihan Zizi Kirana
LANCAR membaca al-Quran dan penyokong kelab Arsenal adalah antara 14 ciri utama lelaki pilihan Zizi Kirana.
Tidak hanya itu, calon suami juga bukanlah seorang kaki arak dan kelab malam serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.
Pada masa sama, selebriti berusia 33 tahun ini berharap dipertemukan dengan lelaki yang beradab, tidak mudah mengungkit selain tidak bersikap kedekut.
Lelaki itu pula tidak semestinya kacak sebaliknya cukup sekadar sedap mata memandang dan sanggup berbuat apa sahaja deminya dan keluarga.
Bahkan, pandai mengambil gambar agar mudah menangkap fotonya nanti.
Selain itu, pemilik nama sebenar ini turut menetapkan bakal suaminya itu perlulah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas daripada bebanan hutang.
Semua ciri-ciri itu disenaraikan oleh Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil di Insta Story dengan pertanyaan ‘Nak Ke Tak Nak?’
“Kalau sudah lulus temuduga… kau ingat senang!!!,” tulisnya pula.
Secara tidak langsung, perkongsian itu menarik perhatian peminat untuk memenuhi ‘jawatan kosong’ yang ditawarkan.
Malah, Zizi juga berkongsi mesej peribadi daripada beberapa lelaki yang menunjukkan minat.
Ada yang menyifatkan Zizi sebagai materialistik kerana menetapkan tangga gaji yang diminta.
“Macam ni confirm reject, sebab aura dia negatif,’ tulisnya.
Ada juga usikan nakal yang mahu menjadi anak angkatnya.
“Saya belum buka jawatan untuk jadi anak angkat lagi,” tulis Zizi.
Bukan itu sahaja, ada juga pengikut mengakui layak untuk memenuhi semua kriteria disenaraikan namun sudah pun berkahwin.
“Alhamdulillah, jagalah sebaik-baiknya keluargamu,” balas Zizi.
The post 14 ciri lelaki pilihan Zizi Kirana appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel 14 ciri lelaki pilihan Zizi Kirana
Anda sekarang membaca artikel 14 ciri lelaki pilihan Zizi Kirana dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/14-ciri-lelaki-pilihan-zizi-kirana.html