link : Abam Bocey tak kisah cuci longkang
Abam Bocey tak kisah cuci longkang
PENGLIBATAN artis dan selebriti dalam program sukarelawan dapat menarik penyertaan golongan belia bagi menjayakan sesuatu aktiviti gotong-royong.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P Kamalanathan berkata, walaupun terikat dengan pelbagai tugasan yang padat namun golongan artis dan selebriti teruja untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.
Menurutnya, program sukarelawan Negaraku memilih lokasi kemudahan awam bagi menjalankan kerja gotong-royong tanpa mengira fahaman politik dan kaum.
“Contohnya di Pasar Awam Batang Kali yang digunakan untuk semua golongan masyarakat dan beroperasi setiap hari maka sukarelawan membantu mencuci dan mengecat kemudahan ini.
“Empat selebriti terlibat iaitu pelakon Siti Saleha, penyanyi Fara Hezel dan Isa Raja Lawak serta Abam Bocey turut memeriahkan aktiviti gotong-royong disertai pelajar Kolej Komuniti Hulu Selangor selain penduduk setempat.
“Kita memang tidak menguar-uarkan program ini kerana kita mahu mereka yang lalu sini, berhenti sendiri dan sertai secara program ini secara sukarela,” katanya.
Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan berkata, dia gembira apabila diberi peluang menyertai aktiviti tersebut bersama sukarelawan lain sebagai satu khidmat komuniti kepada masyarakat di kawasan ini.
Menurutnya, selain dapat bertemu peminat, program seumpama ini dapat memupuk sikap ringan tulang dalam kalangan anak muda dan dapat melakukan riadah sihat bersama rakan lain.
The post Abam Bocey tak kisah cuci longkang appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Abam Bocey tak kisah cuci longkang
Anda sekarang membaca artikel Abam Bocey tak kisah cuci longkang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/abam-bocey-tak-kisah-cuci-longkang.html