‘ACP Haris’ ucap selamat Hari Polis

‘ACP Haris’ ucap selamat Hari Polis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘ACP Haris’ ucap selamat Hari Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘ACP Haris’ ucap selamat Hari Polis
link : ‘ACP Haris’ ucap selamat Hari Polis

Baca juga


‘ACP Haris’ ucap selamat Hari Polis

BIARPUN hanya terlibat sebagai pelakon dalam drama kepolisian, Gerak Khas, Norman Hakim juga tidak mahu ketinggalan dalam meraikan anggota beruniform terbabit.

Bahkan, selebriti berusia 42 tahun ini mengakui mengambil berat akan soal keselamatan terutama apabila ia membabitkan anak-anak.

“Assalamualaikum, saya ‘ACP Haris’ dari drama bersiri #GerakKhas nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis yang ke-211 kepada semua Pegawai dan Staff PDRM.

“Bagi saya, isu keselamatan keluarga memang top of my concern, terutama bila melibatkan hal keselamatan anak-anak.

“Saya memang sangat menghargai bila kerajaan mengutamakan soal keselamatan dan ketenteraman awam ini,” kongsinya di Instagram (IG).

Bukan itu sahaja, bintang filem Pasrah ini juga meluahkan rasa syukur apabila kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan atas tujuan keselamatan.

“Kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteei @najib_razak dah melakukan yang sepatutnya seperti menambah bilangan anggota PDRM dan ATM di samping lebih banyak prasarana dan lain-lain inisiatif untuk tujuan keselamatan.

“Alhamdulillah mengikut statistik,kadar jenayah telah menurun 23% dan Indeks Jenayah pun berkurang 47%,” luahnya.

Pun begitu, katanya, semua pihak juga seharusnya bertanggungjawab berganding bahu memainkan peranan masing-masing.

“Penghargaan sekali lagi terutama kepada Polis Di Raja Malaysia yang sentiasa memainkan peranan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Terima kasih PDRM!

“… dalam masa yang sama kita perlu mengambil tanggungjawab untuk sentiasa berwaspada pada setiap masa.

“Apa sekalipun, selain berusaha dan menyerahkan urusan kita kepada ALLAH SWT,” tulisnya beserta #negaraku, keselamatandanketenteramanawam, #PolisDiRajaMalaysia dan #PDRM.

The post ‘ACP Haris’ ucap selamat Hari Polis appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘ACP Haris’ ucap selamat Hari Polis

Sekianlah artikel ‘ACP Haris’ ucap selamat Hari Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘ACP Haris’ ucap selamat Hari Polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/acp-haris-ucap-selamat-hari-polis.html

Subscribe to receive free email updates: