Ada Tangan Ghaib PPBM Dalam RoS?

Ada Tangan Ghaib PPBM Dalam RoS? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada Tangan Ghaib PPBM Dalam RoS?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada Tangan Ghaib PPBM Dalam RoS?
link : Ada Tangan Ghaib PPBM Dalam RoS?

Baca juga


Ada Tangan Ghaib PPBM Dalam RoS?

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak boleh lagi berdiam diri terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang saban hari seolah-olah terlepas daripada sebarang hukuman mahupun tindakan undang-undang.

Apatah lagi apabila bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman mempersoalkan bagaimana Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh mengetahui isi dan ayat dalam surat-surat aduan yang didakwa kandungannya hampir sama dikemukakan ahli-ahli PPBM kepada ROS.

Katanya, ini bertenta­ngan dengan dakwaannya sebelum ini yang mengesyaki terdapat tangan ghaib dalam kala­ngan ahli parti.

“Yang peliknya, sebelum ini ROS didakwa tidak memberikan sebarang kerjasama dengan PPBM, tetapi bagaimana Dr. Mahathir boleh tahu isi dan ayat adu­an yang dikemukakan? Adakah wujud hubungan antara dirinya dengan ROS? Ini seolah-olah satu konspirasi.

“ROS tidak boleh berdiam diri sahaja, siasatan terperinci perlu dibuat segera, jangan bersikap ‘double standard’, sedangkan UMNO selaku parti pemerintah pun pernah diharam­kan oleh undang-undang, kenapa pula PPBM perlu dikecualikan daripada undang-undang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas lanjut selepas bekas penyelaras PPBM Kluang, Arjuna Putra Ali mendesak ROS membatalkan PPBM jika benar tidak mengikut peraturan berikutan lebih 400 aduan telah dibuat kepada agensi kerajaan itu sejak Oktober tahun lalu.

Tahun lalu juga, Ang­katan Bersatu Anak Muda PPBM Pahang menggesa supaya ROS mengambil tindakan terhadap PPBM setelah dilaporkan sayap pemuda PPBM itu sebenarnya tidak ada dalam perlembagaan parti.

Sementara itu, bekas Ketua Penaja PPBM Bahagian Batu Gajah, Mohd. Shirin Adenan menganggap ROS berhak membatalkan PPBM berdasarkan salah laku yang berlaku dalam parti itu.

“Sepatutnya pemimpin-pe­mim­pin tertinggi seperti setiausaha agung parti memainkan peranan, beliau lebih arif dan tahu mengenai perlembagaan parti, ini tidak, asyik dakwa ROS dikawal kerajaanlah, ROS sengaja melengah-lengahkanlah, padahal mereka lupa terhadap dasar perlembagaan parti dan tanggungjawab sendiri.

“Sebagaimana parti-parti lain di negara ini, mereka harus ikut perlembagaan yang ditetapkan ROS seperti bajunya, logonya, warna­nya, tidak boleh salahkan ROS semata-mata, jangan sengaja mewujudkan apa yang tidak ada dalam perlembagaan parti,” katanya.

Beliau turut menegaskan jika ia berterusan, ROS mempunyai hak untuk membatalkan PPBM mengikut peraturan yang telah ditetapkan selama ini.


Demikianlah Artikel Ada Tangan Ghaib PPBM Dalam RoS?

Sekianlah artikel Ada Tangan Ghaib PPBM Dalam RoS? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada Tangan Ghaib PPBM Dalam RoS? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ada-tangan-ghaib-ppbm-dalam-ros.html

Subscribe to receive free email updates: