link : Ainan Tasneem dapat anak perempuan
Ainan Tasneem dapat anak perempuan
PENYANYI yang pernah popular dengan lagu Aku Suka Kamu, Ainan Tasneem, selamat bergelar ibu pagi tadi.
Menerusi perkongsian di laman Instagram peribadinya, pemilik nama penuh Ainan Tasneem Redzuan, 26, melahirkan rasa syukur selepas bergelar ibu kepada seorang puteri di hari Jumaat yang mulia ini.
“Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Syukur di atas nikmat kelahiran yg diberikan ini, Alhamdulillah Ainan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pagi hari Jumaat yang mulia ini.
“Ainan bersalin secara normal dan bayi selamat keluar dari rahim ini tepat pada jam 7.12 pagi tadi dalam keadaan yang sihat dengan berat 2.91 kg (kilogram).
“Terima kasih di atas berkat doa kalian semua, proses kelahiran ini berjalan dengan mudah sekali.
“Semoga anak ini menjadi anak yang solehah dan penyejuk mata ummi dan abuyanya, Aamiin Allahumma Aamiin,” tulisnya yang turut berkongsi gambar bahagian bibir anaknya.
Ainan mendirikan rumah tangga dengan seorang jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi, 27, pada 6 Januari 2017.
Selepas mendirikan rumah tangga, pemegang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Bioproses ini memilih untuk bersara dari dunia nyanyian.
The post Ainan Tasneem dapat anak perempuan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Ainan Tasneem dapat anak perempuan
Anda sekarang membaca artikel Ainan Tasneem dapat anak perempuan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ainan-tasneem-dapat-anak-perempuan.html