Aman fokus hala tuju

Aman fokus hala tuju - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aman fokus hala tuju, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aman fokus hala tuju
link : Aman fokus hala tuju

Baca juga


Aman fokus hala tuju

Perjalanan penyanyi berusia 25 tahun ini boleh dikatakan perlahan dalam industri. Mencipta nama lepas dinobatkan juara Akademi Fantasia 2014, penyanyi lagu Sulit ini ternyata bergelut dengan pelbagai cabaran.

Namun, Aman Aziz terus kukuh berdiri bagi menggapai impian bergelar anak seni berjaya suatu hari nanti.

Dia bagaimanapun mengakui hala tujunya semakin jelas dalam industri apatah lagi, banyak mendapat pengajaran daripada pengalaman lalu.

“Banyak yang saya rancang untuk kerjaya dan lebih suka fokus terhadap perkara penting saja. Pendekatan ini banyak membantu saya untuk jadi lebih baik.

“Saya akui, selalu memikirkan nasib diri dalam industri dan ia bawa aura lebih negatif berbanding positif,” katanya.

Mengakui kerjayanya pernah suram tidak lama dulu, dia bagaimanapun kembali bernafas lega apabila single Sulit menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Bahkan, dia bersyukur apabila lagu itu mendapat permintaan jauh lebih baik berbanding dua single terdahulu iaitu Without You dan Layang-Layang.

“Mulanya memang saya tidak pasti sejauh mana lagu ini mampu pergi. Bukan sebab tidak bagus tetapi semuanya juga bergantung pada rezeki.

“Alhamdulillah, selepas beberapa bulan dilancarkan stesen radio besar seperti Era FM dan Hot FM mula memainkannya. Lebih melegakan saya, Sulit berjaya mendapat kedudukan membanggakan dalam beberapa carta muzik,” katanya.

Sekali gus, Aman berharap ada sinar buatnya untuk pergi jauh berbekalkan lagu itu termasuklah mendapat peluang bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Menghadiri AJL baru-baru ini, saya amat kagum dengan kejayaan rakan seperjuangan yang berjaya di pentas itu. Terus saya memasang impian untuk beraksi di AJL pula suatu hari nanti.

“Bukan apa, berada di pentas AJL adalah impian semua penyanyi di Malaysia. Saya perlu berusaha lebih keras untuk ke tahap itu dan mudah-mudahan ada rezeki satu hari nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Aman tidak berhenti-henti berharap namanya terus menjadi perhatian sebagaimana lagu Sulit. Mutakhir ini, Sulit terus mendominasi beberapa carta dan beberapa kali mendapat tempat pertama di stesen Era FM.

Aman menyifatkan pencapaian itu memberikan sinar buatnya terutama tahun ini.

“Peminat nampaknya semakin sukakan Sulit dan terus mengundi.

“Ramai orang industri juga tidak henti-henti memberikan sokongan dengan membantu mempromosikan lagu ini,” katanya.

The post Aman fokus hala tuju appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Aman fokus hala tuju

Sekianlah artikel Aman fokus hala tuju kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aman fokus hala tuju dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/aman-fokus-hala-tuju.html

Subscribe to receive free email updates: