Amir Raja Lawak jual air jagung

Amir Raja Lawak jual air jagung - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amir Raja Lawak jual air jagung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amir Raja Lawak jual air jagung
link : Amir Raja Lawak jual air jagung

Baca juga


Amir Raja Lawak jual air jagung

PERNAH gagal dalam berniaga, pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak bagaimanapun enggan terus berputus asa.

Tambahan pula, selebriti berusia 30 tahun ini mengakui bidang perniagaan juga merupakan sebagai salah satu punca pendapatan utamanya.

“Insya-ALLAH, selagi ada rezeki saya akan terus berniaga.

“Lagipun, saya perlu fikir lebih ke hadapan kerana saya dah berkeluarga,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran filem televisyen (FTV), Suatukala, semalam.

Terbaharu, anak kelahiran Kelantan ini mengusahakan perniagaan air jagung di bawah jenama, Air Jagung Amirreka, sejak setahun lalu.

“Asalnya, saya hanya buat secara suka-suka. Tapi, tak sangka pula ia mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Malah, pemilik nama sebenar Mohammad Amirullah Azmi ini mengakui mampu menjual sehingga 500 paket sehari dalam pelbagai karnival atau booth yang disertai.

“Alhamdulillah, adalah sikit rezeki. Biasalah, adat resam berniaga, ada hari untung ada hari tak.

“Ada masanya, saya mampu jual hingga enam balang air sehari, kalau time perlahan itu, dapatlah dalam tiga balang,” katanya.

Bukan itu sahaja, Amir juga rancak mengembangkan perniagaannya itu secara francais kepada sesiapa yang berminat.

“Buat masa ini, saya dah ada beberapa stokis di beberapa buah negeri dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Saya jual pati air jagung yang dibancuh sendiri kepada peniaga tersebut.

“Saya harap lebih ramai peniaga akan tertarik untuk usahakankannya kerana ia sangat mudah dan tak rumit untuk membuatnya,” katanya.

Sebelum ini, Amir menjalankan perniagaan roti bakar di bawah jenama Roti Bakor Amirreka, namun terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan

Dalam perkembangan lain, Amir tampil dalam FTV, Suatukala di samping Kamal Adli, Dynas Mokhtar, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Rykal Iskandar, Wafiy Ilhan, Sweet Qismina, Harith Haziq, Qistina Raisah, Arel Azimi dan Firdaus Ghufran.

Suatukala bakal menemui penonton di saluran Astro First Eksklusif (480) dengan bayaran RM15.90 bagi tempoh 48 jam mulai 15 Mac ini.

The post Amir Raja Lawak jual air jagung appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Amir Raja Lawak jual air jagung

Sekianlah artikel Amir Raja Lawak jual air jagung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amir Raja Lawak jual air jagung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/amir-raja-lawak-jual-air-jagung.html

Subscribe to receive free email updates: