Ananda Rugi RM27 Bilion Di India, Syarikatnya Fail Muflis

Ananda Rugi RM27 Bilion Di India, Syarikatnya Fail Muflis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ananda Rugi RM27 Bilion Di India, Syarikatnya Fail Muflis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ananda Rugi RM27 Bilion Di India, Syarikatnya Fail Muflis
link : Ananda Rugi RM27 Bilion Di India, Syarikatnya Fail Muflis

Baca juga


Ananda Rugi RM27 Bilion Di India, Syarikatnya Fail Muflis

NEW DELHI – Taikun bisnes Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan bakal kerugian sebanyak AS$7 bilion (RM27.4 bilion) berikutan kegagalan perniagaan telekomunikasinya di India melalui Aircel Ltd.
Menurut laporan Bloomberg, tokoh perniagaan terkenal berusia 79 tahun itu berdepan kerugian selepas 12 tahun melabur dalam Aircel apabila syarikat berkenaan memfailkan prosiding muflis pada minggu ini.

Aircel merupakan syarikat terbaharu yang gagal dalam pasaran telekomunikasi di India yang suatu ketika dahulu berjaya menarik banyak pelabur asing untuk beroperasi di sana.

Situasi berlaku dalam industri telekomunikasi ketika ini tidak mencerminkan usaha dibuat oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mahu menarik lebih ramai pelabur asing ke India.

Pada Januari lalu, kerajaan India telah mengurangkan sekatan terhadap pelaburan asing dalam beberapa sektor seperti peruncitan jenama tunggal, broker hartanah dan bekalan tenaga.

Ketua Pegawai Eksekutif Bajaj Allianz Life Insurans Co., Sampath Reddy berkata, India sentiasa menjadi pasaran yang sukar walaupun negara itu menawarkan prospek terbaik daripada aspek demografi dan populasi dimilikinya.

“Tragedi Aircel merupakan contoh pengajaran terbaik kepada sesiapa yang mahu melaksanakan perniagaan di India,” katanya.

Ananda membelanjakan kira-kira AS$800 juta (RM3.13 bilion) untuk beli Aircel pada 2006 yang ketika itu hanya 10 peratus daripada 1.1 bilion populasi India memiliki telefon bimbit sekali gus prospek pertumbuhan dilihat agak sukar. – AGENSI


Demikianlah Artikel Ananda Rugi RM27 Bilion Di India, Syarikatnya Fail Muflis

Sekianlah artikel Ananda Rugi RM27 Bilion Di India, Syarikatnya Fail Muflis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ananda Rugi RM27 Bilion Di India, Syarikatnya Fail Muflis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ananda-rugi-rm27-bilion-di-india.html

Subscribe to receive free email updates: