link : Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri
Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri
Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri
Seorang anggota polis yang dituduh merogol bertindak menembak mati dua pegawai atasan sebelum ditembak mati anggota polis lain, kelmarin.
Menurut Bangkok Post, suspek Shinkrit Phutthipraphas dibawa ke balai polis Pluak Daeng untuk bertemu dengan pegawai, Somchai Soonthornwanich pada jam 3.15 petang hari kejadian.
Phutthipraphas kemudian mengeluarkan sepucuk pistol 9mm dan menembak Soonthornwanich dan seorang lagi pegawai, Banyat Somha.
Soonthornwanich yang ditembak di leher maut serta-merta manakala Somha ditembak dua kali di kepala dan maut di hospital Rayong.
Phutthipraphas kemudian cuba melarikan diri menggunakan sebuah trak pikap sebelum ditembak mati oleh seorang anggota polis.
Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri | Suspek Mungkin Berada Didalam Keadaan Tertekan
Pegawai kanan, Surapol Wiratyosin berkata Phutthipraphas mungkin berada dalam keadaan tertekan kerana berdepan dengan hukuman disiplin yang berat.
Phutthipraphas sebelum ini dituduh merogol seorang wanita berbangsa Laos di sebuah lokap dan Soonthornwanich menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kejadian tersebut.
The post Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri
Anda sekarang membaca artikel Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/anggota-polis-berbalas-tembakan-sesama.html