Apa sudah jadi dengan kita?

Apa sudah jadi dengan kita? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa sudah jadi dengan kita?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa sudah jadi dengan kita?
link : Apa sudah jadi dengan kita?

Baca juga


Apa sudah jadi dengan kita?

Kegagalan pihak berkuasa Malaysia mengesan kapal mewah Equanimity milik ahli perniagaan, Jho Low amat memalukan kerana kapal itu sebenarnya boleh dikesan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai Sistem Pengesanan Automatik (AIS).

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mendedahkan, pada tahun lalu, ketika berada di Phuket, Thailand, beliau sendiri dapat mengesan lokasi tepat Equanimity menggunakan AIS dan berjaya mendekati kapal tersebut.

Menurutnya, beliau juga berjaya mengambil gambar dan video Equanimity pada jarak dekat termasuk bot kecil di belakang kapal mewah tersebut.

“Kami diberitahu beberapa orang di Marina bahawa Equanimity berlabuh di persisir pantai, dan pemilik kapal hanya turun ke darat pada waktu malam. Malam itu, kami diberitahu pemiliknya sambut Hari Kekasih bersama tetamu.

“Bagaimana kami, yang datang ke Phuket hanya untuk selam, berjaya mengesan kapal itu!,” katanya di Facebook miliknya,  semalam.

Kata Rafidah lagi, pihak berkuasa Malaysia yang mempunyai sumber dan kelengkapan cukup serta rangkaian maklumat global memberi alasan gagal mengesan Jho Low dan kapal mewah tersebut amat tidak boleh diterima.

“Kemudian, seseorang memberitahu ‘tidak ada bukti’ mengatakan pemiliknya orang yang didakwa. Benarkah? Saya mencari di Google dan ini yang keluar, http://ift.tt/2oP4Gv0; katanya.

Pihak berkuasa Indonesia telah merampas Equanimity atas permintaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS Khamis lalu berhubung kes pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan telah dibina khas untuk Jho Low, antara individu utama dalam skandal 1MDB, pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).

Rafidah yang juga Pengerusi AirAsia X berkata, media arus perdana di Malaysia seolah-olah berdiam-diri dan tenang.

“Apa telah berlaku terhadap penguatkuasa kita? Adakah kita tidak pernah peduli untuk benar-benar mengesan dan mencari kapal itu?

“Atau ada udang di sebalik batu – skandal yang lebih teruk dan belum diketahui di sebaliknya?” soalnya.

The post Apa sudah jadi dengan kita? appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Apa sudah jadi dengan kita?

Sekianlah artikel Apa sudah jadi dengan kita? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa sudah jadi dengan kita? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/apa-sudah-jadi-dengan-kita.html

Subscribe to receive free email updates: