link : Asyraf: Pembangkang Tak Mampu "Pertahankan" Agama Islam Jika Perintah Negara
Asyraf: Pembangkang Tak Mampu "Pertahankan" Agama Islam Jika Perintah Negara
TEMERLOH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kuasa politik yang kuat untuk mentadbir negara seterusnya mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana Pakatan Harapan yang diterajui DAP dilihat tidak mampu untuk melakukannya kerana dalam perlembagaan DAP sendiri, tidak pernah mengakui Islam sebagai agama persekutuan.
"Perlembagaan DAP secara zahirnya mahu menjadikan negara ini sama rata dan pemimpin mereka seringkali menyatakan Malaysia adalah negara secular...apa jaminan mereka untuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
"Yang menerajui Pakatan Harapan pula adalah DAP, jadi kita kena lihat asal usul perjuangan mereka," katanya kepada pemberita selepas Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat negeri Pahang di Dewan Tun Razak di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad. #sumber
Demikianlah Artikel Asyraf: Pembangkang Tak Mampu "Pertahankan" Agama Islam Jika Perintah Negara
Sekianlah artikel Asyraf: Pembangkang Tak Mampu "Pertahankan" Agama Islam Jika Perintah Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Asyraf: Pembangkang Tak Mampu "Pertahankan" Agama Islam Jika Perintah Negara dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/asyraf-pembangkang-tak-mampu.html