link : Awi kenal Atikah masa jadi kekasih Hanez
Awi kenal Atikah masa jadi kekasih Hanez
SIAPA sangka, perkenalan Awi Rafael dengan tunangnya, Atikah Suhaimie berlaku sewaktu dirinya masih bergelar kekasih Hanez Suraya, kira-kira lapan tahun lalu.
Namun, katanya, hubungannya dengan Atikah hanya mulai serius, sejak lima bulan lalu.
“Saya kenal Atikah sejak tujuh ke lapan tahun lalu. Itu time saya masih dengan Hanez.
“Ketika itu, dia sebagai adik, tapi sekarang adik perlahan-lahan jadi kakak dan abang pula hati sudah terangkat (ketawa),” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran program realiti, Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), hari ini.
Awi atau nama sebenarnya, Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael dan Atikah selamat mengikat tali pertunangan di Royal Palm, Clarke Quay, pada 17 Mac lalu.
Secara tidak langsung, berita pertunangan ini mengejutkan banyak pihak memandangkan dua artis kelahiran Singapura berkenaan tidak pernah digosipkan bercinta, sebelum ini.
“Bila dah mula rapat, kita ambil keputusan untuk memulakan hubungan dengan lebih serius.
“Saya yakin Atikah adalah jodoh terbaik saya. Lagi pula, saya dah berkawan lama dengan dia. Sikit-sikit, ia membantu saya untuk lebih mengenali dia.
“Dia juga seorang yang sangat baik, penyabar dan positif serta rapat dengan keluarganya dan kita pun sebenarnya dating sekali saja. Itu pun bertemankan ibu saya.
“Lagipun, kata ibu, kalau dah jodoh, Insya-ALLAH jalan itu akan dipermudahkan. Alhamdulillah, saya dapat rasakannya ,” katanya.
Malah, selebriti berusia 32 tahun ini juga mengakui sudah bersedia untuk bergelar suami.
“Jujurnya, saya memang dah bersedia untuk ke fasa seterusnya.
“Saya rasa dah sampai waktunya untuk bergerak ke arah yang lebih positif berkenaan jodoh. Alhamdulillah.
“Buat masa ini, saya sibuk dengan beberapa karier seni. Jadi masa yang ada cuma tahun depan. Insya-ALLAH, kita rancang bernikah pada 15 Mac tahun depan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Awi bakal berentap dengan 10 peserta berkumpulan dan solo iaitu Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah dan Heliza serta Hazwani (pasangan duo) serta Adeep Nahar, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz.
GGV2 akan disiarkan secara langsung selama tujuh minggu dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135) bermula 31 Mac ini jam 9 malam.
The post Awi kenal Atikah masa jadi kekasih Hanez appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Awi kenal Atikah masa jadi kekasih Hanez
Anda sekarang membaca artikel Awi kenal Atikah masa jadi kekasih Hanez dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/awi-kenal-atikah-masa-jadi-kekasih-hanez.html