Azmin tak boleh beza air mentah dan air terawat...Tak Usah Cakap Lah Dalam Empangan Tu Lagi Nak Pusing Cerita

Azmin tak boleh beza air mentah dan air terawat...Tak Usah Cakap Lah Dalam Empangan Tu Lagi Nak Pusing Cerita - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin tak boleh beza air mentah dan air terawat...Tak Usah Cakap Lah Dalam Empangan Tu Lagi Nak Pusing Cerita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin tak boleh beza air mentah dan air terawat...Tak Usah Cakap Lah Dalam Empangan Tu Lagi Nak Pusing Cerita
link : Azmin tak boleh beza air mentah dan air terawat...Tak Usah Cakap Lah Dalam Empangan Tu Lagi Nak Pusing Cerita

Baca juga


Azmin tak boleh beza air mentah dan air terawat...Tak Usah Cakap Lah Dalam Empangan Tu Lagi Nak Pusing Cerita

Makin terus krisis air di Selangor kerana pemimpin utama di negeri itu tidak faham perbezaan antara air mentah di empangan dengan air terawat.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, hujah Azmin yang hendak berdabik dada dengan data jumlah air mentah di empangan sebenarnya tidak membantu dalam penyelesaian masalah bekalan air terawat.

“Nampaknya sukar untuk menyelesaikan krisis air di Lembah Klang. Pentadbiran negeri yang membekalkan air ke Lembah Klang masih belum jelas beza antara isu air mentah dengan air terawat! Macam manalah saya nak bantu nak selesaikan masalah air!,” katanya.

Azmin ketika berucap di Karnival Himpunan Rakyat yang berlangsung di Stadium Shah Alam menyatakan mahu mencampak Zaini ke dalam empangan sebagai hendak membuktikan air di Selangor adalah mencukupi.

Bagaimanapun, kenyataan yang dibuat oleh Azmin itu ditempelak banyak pihak kerana tidak berguna empangan yang penuh dengan air mentah sekiranya bekalan air terawat tidak sampai ke rumah-rumah di Selangor dan Lembah Klang.

Sebelum ini, Zaini berkata kenyataan berhubung krisis air di Selangor sebelum ini dibuat secara profesional dan berlandaskan fakta.

"Saya penjawat awam dan saya tidak ikut arahan mana-mana ahli politik. Saya juga bukannya ahli politik.

"Apa yang saya cakap dalam isu ini perkara yang betul dan kerajaan negeri perlu menerima pandangan dikemukakan KETTHA," katanya.

Zaini berkata, margin simpanan air bukan bermaksud empangan di negeri itu mempunyai air atau tidak, sebaliknya ia merujuk kepada kadar bekalan air yang boleh disalurkan jika terdapat kawasan mengalami gangguan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, krisis air di Selangor akan lebih buruk pada masa depan sekiranya kerajaan negeri masih enggan melakukan proses migrasi, walaupun pihaknya sudah berulang kali mengingatkan kepentingan perkara itu.

"Saya bagi perumpamaan sebuah teksi yang kebiasaannya bergerak 10 jam sehari, dipaksa bergerak 16 jam sehari. Apa akan berlaku jika teksi ini digunakan secara berlebihan untuk tempoh lima tahun akan datang.

"Begitulah juga apabila loji rawatan air terpaksa beroperasi pada kapasiti lebih tinggi daripada reka bentuk asal akan mengalami kerosakan. Jadi, adalah penting menaik taraf infrastruktur sedia ada," katanya.

Krisis bekalan air di Selangor pada bulan ini merupakan antara terburuk dalam sejarah kerana telah menjejaskan lebih dua juta pengguna di Lembah Klang dan Selangor dengan membabitkan 498 kawasan.

Punca utama krisis itu berterusan adalah berikutan kedegilan Kerajaan PKR Selangor yang enggan melengkapkan perjanjian penstrukturan semula industri air sehingga mengakibatkan kerja-kerja penaiktarafan paip dan infratruktur bekalan air terawat tidak dapat dilaksanakan.


Demikianlah Artikel Azmin tak boleh beza air mentah dan air terawat...Tak Usah Cakap Lah Dalam Empangan Tu Lagi Nak Pusing Cerita

Sekianlah artikel Azmin tak boleh beza air mentah dan air terawat...Tak Usah Cakap Lah Dalam Empangan Tu Lagi Nak Pusing Cerita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin tak boleh beza air mentah dan air terawat...Tak Usah Cakap Lah Dalam Empangan Tu Lagi Nak Pusing Cerita dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/azmin-tak-boleh-beza-air-mentah-dan-air.html

Subscribe to receive free email updates: