link : Azmin terjah sidang media Adun BN
Azmin terjah sidang media Adun BN
Sidang media Adun BN selepas titah ucapan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Yang Ke-13 bagi Tahun 2018, hari ini dikejutkan dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Azmin yang tiba-tiba muncul mengikuti sidang media tersebut yang diketuai oleh Adun Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Dahalan berhubung sepuluh kegagalan terbesar kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) di negeri ini.
Pada sidang media itu, Mat Nadzari mengkritik Kerajaan Selangor yang didakwa gagal mematuhi prinsip tadbir urus yang baik.
Mohamed Azmin, bersama Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, dilihat tersenyum apabila mendengar beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Adun BN Selangor itu sewaktu sidang media terbabit.
Malah, Mohamed Azmin dilihat turut meneliti dan membaca kandungan kenyataan media yang disediakan Adun BN sewaktu sidang media terbabit.
Namun begitu, biatpun diterjah Azmin, tumpuan Mat Nadzari dilihat tidak terganggu malah turut bersemangat dalam memberi huraian terhadap dakwaan kegagalan Harapan tersebut.
The post Azmin terjah sidang media Adun BN appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Azmin terjah sidang media Adun BN
Anda sekarang membaca artikel Azmin terjah sidang media Adun BN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/azmin-terjah-sidang-media-adun-bn.html