Bagi saya rezeki itu perlu dikongsi: Mark Adam

Bagi saya rezeki itu perlu dikongsi: Mark Adam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bagi saya rezeki itu perlu dikongsi: Mark Adam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bagi saya rezeki itu perlu dikongsi: Mark Adam
link : Bagi saya rezeki itu perlu dikongsi: Mark Adam

Baca juga


Bagi saya rezeki itu perlu dikongsi: Mark Adam

PENGUMUMAN juara Bintang Bersama Bintang 2018, Mark Adam yang bersedia berkongsi wang tunai RM100,000 yang dimenangi ternyata mengejutkan penonton yang pada mulanya menyangka ia hanyalah gurauan semata.

Mark yang ditemui ketika majlis sidang media selepas program berakhir memberitahu pengumuman itu sebenarnya telah dirancang dan bukanlah berlaku secara spontan.

“Sebenarnya, sebelum ini lagi saya dan rakan-rakan telah berbincang sesama sendiri untuk berkongsi wang tunai yang dimenangi tidak kiralah siapa pun yang bergelar juara.

“Jumlah RM60,000 daripada RM100,000 yang dimenangi akan dikongsi dengan empat finalis lain di mana masing-masing akan dapat RM15,000 seorang.

“Walaupun perbincangan ini dilakukan secara santai dan tidak rasmi, namun saya sendiri telah berazam untuk menjadikan ia satu kenyataan sekiranya saya diumumkan sebagai pemenang, jadi itulah yang saya lakukan malam ini,” akuinya yang turut bergelar pemenang mingguan pada minggu kedua .

Menurutnya lagi, tindakan itu didorong keinginannya untuk berkongsi rezeki bersama rakan-rakan yang lain sebagaimana mereka turut berkongsi idea dan saling membantu sepanjang program ini berlangsung.

“Bagi saya rezeki itu perlu dikongsi. Selama tujuh minggu ini, saya sebenarnya banyak belajar daripada rakan-rakan lain dalam program ini.

“Saya percaya kemenangan ini bukan semata-mata kerana usaha saya sahaja, tetapi juga kerana bantuan mereka semua yang sentiasa membantu dan memberikan idea untuk mencantikkan persembahan saya.

“Kalau di belakang tabir, kami sebenarnya seperti keluarga dan bukan bertanding kerana semua orang saling bekerjasama untuk memastikan persembahan kami dapat menghiburkan penonton,” katanya mengharapkan agar rakan-rakannya juga turut berkongsi hadiah mereka dengan golongan yang memerlukan.

The post Bagi saya rezeki itu perlu dikongsi: Mark Adam appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bagi saya rezeki itu perlu dikongsi: Mark Adam

Sekianlah artikel Bagi saya rezeki itu perlu dikongsi: Mark Adam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bagi saya rezeki itu perlu dikongsi: Mark Adam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/bagi-saya-rezeki-itu-perlu-dikongsi.html

Subscribe to receive free email updates: