Bakal Suami Hadiahkan Elvina Kuda Baka Argentina

Bakal Suami Hadiahkan Elvina Kuda Baka Argentina - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bakal Suami Hadiahkan Elvina Kuda Baka Argentina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bakal Suami Hadiahkan Elvina Kuda Baka Argentina
link : Bakal Suami Hadiahkan Elvina Kuda Baka Argentina

Baca juga


Bakal Suami Hadiahkan Elvina Kuda Baka Argentina

Beruntung pelakon Elvina Mohamad kerana tidak hanya bakal bergelar datin muda tidak lama lagi, malah dia mendapat hadiah istimewa iaitu seekor kuda baka Argentina daripada bakal suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan.

Memetik laporan Sinar Harian, pelakon berusia 23 tahun itu berkata hadiah itu diterima sebagai simbolik bagi menyesuaikan diri dengan ‘dunia baharu’ bakal suaminya.

“Bakal suami saya aktif dalam sukan polo dan permotoran. Saya pula suka ikut aktiviti dia.

“Lagi pula, ada kawan-kawan dia yang pasangannya juga join aktiviti tersebut.

“Jadi, dia kata, kenapa tak saya cuba?,” katanya.

Biarpun tidak tahu menunggang, Elvina tetap menghargai pemberian istimewa terbabit.

“Sebenarnya, saya tak tahu apa-apa pasal kuda. Tunggang pun tak pernah. Tapi, bila dia dah bagi, saya terima saja.

“Jadi, dia pun mula ajar saya menunggang sikit. Mula-mula takut juga tapi lama-lama seronok. Sebab ia pengalaman baharu buat saya.

“Tapi, itu bukan bermakna saya perlu join semua aktiviti dia,” katanya.

Dalam pada itu, Elvina mengakui berdebar menunggu detik hari bersejarah untuk disatukan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada 18 Mac ini.

Pada majlis yang sama nanti, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Shhh… I Love You ini juga bakal mengikat tali pertunangan.

“InsyaAllah, kami akan bertunang terlebih dahulu sebelum dinikahkan.

“Majlis pertunangan ini dilakukan sekadar mengikut adat sekali gus permintaan pihak lelaki,” katanya.

Untuk majlis resepsi pula, pasangan ini sepakat mengadakannya di lokasi sama, pada 24 Mac nanti.

Elvina dan Mohd Haniff yang juga seorang usahawan mula berkenalan rapat sejak awal tahun 2016.

The post Bakal Suami Hadiahkan Elvina Kuda Baka Argentina appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bakal Suami Hadiahkan Elvina Kuda Baka Argentina

Sekianlah artikel Bakal Suami Hadiahkan Elvina Kuda Baka Argentina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bakal Suami Hadiahkan Elvina Kuda Baka Argentina dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/bakal-suami-hadiahkan-elvina-kuda-baka.html

Subscribe to receive free email updates: