Bercelarunya Pakatan Harapan…Giler Nak Berkuasa

Bercelarunya Pakatan Harapan…Giler Nak Berkuasa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bercelarunya Pakatan Harapan…Giler Nak Berkuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bercelarunya Pakatan Harapan…Giler Nak Berkuasa
link : Bercelarunya Pakatan Harapan…Giler Nak Berkuasa

Baca juga


Bercelarunya Pakatan Harapan…Giler Nak Berkuasa

Hampir semua media yang dikuasai oleh Pakatan Harapan memainkan berita kononnya Pakatan Harapan hari ini sudah bersedia pada bila-bila masa untuk mengharungi Pilihan Raya Umum ke 14. Kelihatan seperti mereka sudah bersiap sedia sepenuhnya dan hanya menunggu pembubaran Parlimen sahaja. Namun, hakikat yang sedaya upaya mereka selindungi adalah, mereka berada dalam keadaan yang cukup bercelaru.

Manakan tidak, sehingga kini Pakatan Harapan masih gagal untuk mencapai kata sepakat pembahagian kerusi di seluruh Malaysia. Ada diantara parti yang menganggotai Pakatan Harapan berterusan mempertikai, kenapa parti mereka memperolehi kerusi yang paling sedikit di dalam pakatan pembangkang berkenaan. Malah, nama calon juga masih lagi bercelaru dan tidak memperoleh kata sepakat antara 4 buah parti berkenaan.

Tidak terhenti setakat itu, mereka juga masih gagal mencapai kata sepakat, seandainya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan, siapakah yang akan menganggotai kabinet dan berapakah ratio pembahagian antara keempat-empat parti berkenaan.

Malah, terdapat juga pihak-pihak yang tidak bersetuju untuk meletakkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara. Usahkan untuk Perdana Menteri, menerajui Pakatan Harapan sekalipun mereka tentang. Alasannya mudah, selama berdekad-dekad pemikiran mereka ditanam dengan kebencian terhadap Mahathir namun hari ini, pemimpin mereka sendiri menyeru untuk menerima Mahathir semula di dalam Pakatan Harapan.

Oleh yang demikian, wujudlah kempen undi rosak bagi memprotes kehadiran Mahathir di dalam pakatan pembangkang. Tegas mereka, mereka tidak kisah siapa yang menerajui Pakatan Harapan asalkan bukan Mahathir. Paling utama, buat mereka ini, nama Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dijulang sebagai pemimpin pembangkang sejati dan bukannya nama Mahathir.

Lebih memburukkan keadaan adalah, PPBM sebagai salah sebuah parti komponen utama Pakatan Harapan yang bakal mempertaruhkan 52 orang calon bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak juga berhadapan dengan pembatalan pendaftaran parti. Semua ini gara-gara PPBM sendiri melanggar peraturan dan perlembagaan parti yang mengakibatkan pembatalan parti berkenaan sekiranya gagal menjawab surat tunjuk sebab kepada RoS dalam tempoh yang ditetapkan.

Apa sudah jadi pada Pakatan Harapan yang kononnya hebat dan mampu mentadbir negara jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak? Mereka sendiri gagal menguruskan kesepakatan antara 4 buah parti utama yang mana menyaksikan mereka berada dalam kedudukan yang amat bercelaru.

Tidak seperti Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu yang mana mereka mampu untuk berkompromi dalam banyak perkara di bawah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kali ini, mereka tidak mempunyai sentuhan berkenaan walaupun di dalam Pakatan Harapan, mereka mempunyai seorang bekas Perdana Menteri, dua orang bekas Timban Perdana Menteri dan dua orang bekas Menteri Besar.


Demikianlah Artikel Bercelarunya Pakatan Harapan…Giler Nak Berkuasa

Sekianlah artikel Bercelarunya Pakatan Harapan…Giler Nak Berkuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bercelarunya Pakatan Harapan…Giler Nak Berkuasa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/bercelarunya-pakatan-harapangiler-nak.html

Subscribe to receive free email updates: