BERITA PALSU AKAN JADI TAKTIK DR M, PAKATAN DALAM PRU-14

BERITA PALSU AKAN JADI TAKTIK DR M, PAKATAN DALAM PRU-14 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERITA PALSU AKAN JADI TAKTIK DR M, PAKATAN DALAM PRU-14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERITA PALSU AKAN JADI TAKTIK DR M, PAKATAN DALAM PRU-14
link : BERITA PALSU AKAN JADI TAKTIK DR M, PAKATAN DALAM PRU-14

Baca juga


BERITA PALSU AKAN JADI TAKTIK DR M, PAKATAN DALAM PRU-14

Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan didominasi DAP menggunakan berita palsu sebagai senjata politik mereka untuk meraih undi pada pilihan raya umum ke-14, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Rakyat Malaysia yang berfikiran waras akan ingat bagaimana Mahathir memulakan serangan berita palsu terhadap 1MDB, apabila menyatakan dengan salah bahawa ‘RM42 bilion telah hilang’, hanya untuk dibuktikan berulang kali bahawa kenyataan itu adalah salah,” katanya menerusi catatan dalam blog sskeruak.blogspot.my hari ini.

Dalam keadaan mereka yang terdesak, Salleh berkata adalah menyedihkan untuk melihat bekas perdana menteri dan pembangkang kini tanpa berfikir panjang mengitar semula dakwaan tanpa bukti dan menyebarkan berita palsu secara tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata pembangkang sekali lagi mengambil kesempatan berikutan dakwaan tanpa disahkan dan tanpa dibuktikan berhubung sebuah kapal mewah dinamakan ‘The Equanimity.’

Antara lain, menteri itu berkata kapal itu dikatakan dimiliki Jho Low, dan pembeliannya dibuat menggunakan dana daripada 1MDB, iaitu satu lagi percubaan yang gagal untuk mengelirukan rakyat Malaysia dengan berita palsu.

“Hakikatnya adalah sumber tuduhan tu terkandung dalam tuntutan sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, yang sebenarnya telah ditangguhkan sejak Ogos 2017.

“Sehingga hari ini, selain dakwaan asas yang terkandung dalam tuntutan sivil itu, DoJ belum mengemukakan sebarang bukti kukuh bahawa Jho Low ialah pemilik sebenar kapal mewah itu ataupun ia dibeli menggunakan dana daripada 1MDB,” katanya.

Tambahan pula, beliau berkata DoJ masih belum membuktikan mana-mana tuduhannya di mahkamah, walaupun hampir dua tahun berlalu sejak persidangan akhbarnya yang sensasi diadakan pada Julai 2016.

“Pembangkang gagal menyatakan bahawa dakwaan sumber dana dalam tuntutan sivil DoJ adalah daripada Aabar BVI, yang menurut DoJ, dikatakan mempunyai urusan perniagaan dengan Jho Low.

“Para pengarah Aabar BVI ialah Khadem Al Qubaisy dan Mohammed Al Badawy, bekas petugas kanan dalam kumpulan IPIC.

“1MDB berulang kali menjelaskan bahawa walaupun ia mempunyai urusan perniagaan dengan Aabar BVI, 1MDB tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan Jho Low dan yang lebih penting, 1MDB bukanlah pihak dalam tuntutan sivil DoJ,” kata Salleh. – BERNAMA


Demikianlah Artikel BERITA PALSU AKAN JADI TAKTIK DR M, PAKATAN DALAM PRU-14

Sekianlah artikel BERITA PALSU AKAN JADI TAKTIK DR M, PAKATAN DALAM PRU-14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERITA PALSU AKAN JADI TAKTIK DR M, PAKATAN DALAM PRU-14 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/berita-palsu-akan-jadi-taktik-dr-m.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :