BERITA PENEMUAN MH370 YANG TERSEBAR TIDAK BERASAS – PASUKAN RESPONS

BERITA PENEMUAN MH370 YANG TERSEBAR TIDAK BERASAS – PASUKAN RESPONS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERITA PENEMUAN MH370 YANG TERSEBAR TIDAK BERASAS – PASUKAN RESPONS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERITA PENEMUAN MH370 YANG TERSEBAR TIDAK BERASAS – PASUKAN RESPONS
link : BERITA PENEMUAN MH370 YANG TERSEBAR TIDAK BERASAS – PASUKAN RESPONS

Baca juga


BERITA PENEMUAN MH370 YANG TERSEBAR TIDAK BERASAS – PASUKAN RESPONS

Pasukan Respons MH370 berkata laporan penemuan pesawat MH370 bertajuk ‘MH370 found on Google Earth’ yang tersebar luas baru-baru ini adalah tidak berasas.

Ketuanya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada pihaknya atau pun laman sesawang MH370 mereka untuk pengesahan, laporan serta bertia berkaitan dengan kehilangan pesawat itu.

Pasukan itu, katanya, sentiasa dibimbing oleh pandangan, pendapat dan pengesahan daripada kumpulan pakar di Australia.

“Oleh itu, Pasukan Respons MH370 ingin menyatakan bahawa laporan tersebut adalah tidak berasas,” katanya yang juga pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), dalam kenyataan di sini hari ini.

“Kami berpendapat laporan seperti itu tidak beretika dan perasaan keluarga serta orang tersayang dalam penerbangan MH370 itu perlu dihormati,” katanya.

Sebuah portal berita antarabangsa melaporkan jurutera mekanikal, Peter McMahon, yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam siasatan insiden nahas penerbangan, mendakwa kawasan pencarian MH370 terletak kira-kira 16 kilometer selatan Round Island, berhampiran sebuah pulau kecil utara Mauritius.

Beliau mendakwa penelitian berdasarkan imej NASA dan Google Earth itu dilakukan sejak pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014 dilaporkan hilang.

Setakat ini, usaha untuk mengesan bangkai pesawat itu belum berhasil.

– BERNAMA


Demikianlah Artikel BERITA PENEMUAN MH370 YANG TERSEBAR TIDAK BERASAS – PASUKAN RESPONS

Sekianlah artikel BERITA PENEMUAN MH370 YANG TERSEBAR TIDAK BERASAS – PASUKAN RESPONS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERITA PENEMUAN MH370 YANG TERSEBAR TIDAK BERASAS – PASUKAN RESPONS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/berita-penemuan-mh370-yang-tersebar.html

Subscribe to receive free email updates: