Berpurdah pun orang masih cam saya: Che Ta

Berpurdah pun orang masih cam saya: Che Ta - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berpurdah pun orang masih cam saya: Che Ta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berpurdah pun orang masih cam saya: Che Ta
link : Berpurdah pun orang masih cam saya: Che Ta

Baca juga


Berpurdah pun orang masih cam saya: Che Ta

BULAN lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur golongan selebriti supaya tidak berfesyen berlebihan ketika beribadat di Makkah dan Madinah.

Biarpun tidak menyebut nama mana-mana selebriti, namun ramai netizen mengaitkan teguran itu dengan aktres, Rozita Che Wan yang sering tampil cantik biarpun ketika menunaikan umrah.

Bagaimanapun, bagi empunya diri sendiri, dia tidak melihat teguran tersebut ditujukan kepadanya, sebaliknya ia teguran untuk semua.

Namun pelakon yang mesra dengan panggilan Che Ta ini juga menegaskan, dia sekadar menjadi dirinya sendiri dan tidak berniat untuk bergaya berlebih-lebihan semasa menunaikan ibadah umrah.

Jelas pelakon berusia 45 tahun ini, dia hanya menjadi dirinya sendiri dan masih mengetahui had apabila berada di Tanah Suci.

“Yang ke Makkah itu saya, yang ke London itu saya, yang di Kuala Lumpur itu saya. Macam mana orang lihat saya selalu, itulah saya bila berada di mana-mana.

“Cuma saya rasa tidaklah berlebih-lebihan kerana saya tidak bersolek. Saya berkaca mata hitam pun sebab saya tidak bersolek. Kadang-kadang pakai purdah pun orang masih cam saya dan minta untuk bergambar.

“Malah kalau nak tahu, saya hanya peruntukkan 20 minit sahaja untuk bergambar dan ada kalanya kurang daripada itu.

“Biasanya saya akan peruntukkan masa untuk bergambar pada jam lapan pagi dan selepas itu akan ke masjid,” jelasnya ketika ditemui pada sidang media pengenalannya sebagai duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu dilantik sebagai duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad untuk mempromosi projek perumahan di Kulim Hi Tech Park, Kedah.

Dia dipilih menjadi duta kerana statusnya sebagai anak jati Kedah bersempena projek pertama koperasi itu di negeri berkenaan.

The post Berpurdah pun orang masih cam saya: Che Ta appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Berpurdah pun orang masih cam saya: Che Ta

Sekianlah artikel Berpurdah pun orang masih cam saya: Che Ta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berpurdah pun orang masih cam saya: Che Ta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/berpurdah-pun-orang-masih-cam-saya-che.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :