“Biar Tambah Isteri, Jangan Buang Isteri,” Kata Suami Adira

“Biar Tambah Isteri, Jangan Buang Isteri,” Kata Suami Adira - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Biar Tambah Isteri, Jangan Buang Isteri,” Kata Suami Adira, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Biar Tambah Isteri, Jangan Buang Isteri,” Kata Suami Adira
link : “Biar Tambah Isteri, Jangan Buang Isteri,” Kata Suami Adira

Baca juga


“Biar Tambah Isteri, Jangan Buang Isteri,” Kata Suami Adira

Kisah pemuzik bebas yang juga suami kepada Izreen Azminda, Ude yang menceraikan isteri pertamanya Intan Liana Saleh dengan talak satu semalam, mendapat perhatian ramai termasuklah suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu aka Datuk Red.

Memetik laporan mStar online, Datuk Red yang juga seorang suami yang menjalani kehidupan berpoligami berpendapat perceraian bukanlah jalan terakhir bagi sebuah rumah tangga yang bermasalah.

Dia yang pernah mengalami situasi tersebut pada perkahwinan pertamanya mengakui menyesal dengan tindakan kurang matang dilakukannya. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan nasib dan masa depan anak-anak.

“Saya pernah melalui perceraian pada perkahwinan pertama dan ia sangat-sangat memedihkan dan saya menyesal terutama apabila melihat anak-anak dibesarkan oleh bekas isteri.

“Ketika itu umur saya muda dan tidak matang, setahun juga saya bersedih dan rasa bersalah dengan dua anak saya biarpun saya ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas bercerai tapi ia tidak sama macam kita besarkan sendiri depan mata.

“Kalaulah ada mesin yang boleh ulang masa saya sanggup beli mahal macam mana pun, sekarang prinsip saya biar tambah isteri, jangan buang isteri,” ujarnya.

Megakui benci dengan perkataan “cerai”, Adnan dalam pada itu menasihatkan Ude agar tidak melepaskan tanggungjawab dan bebanan anak-anak di bahu bekas isterinya.

“Saya benci kepada perkataan cerai tapi saya akui jodoh pertemuan itu Allah sudah tetapkan, mungkin jodoh mereka sampai sini tapi nasihat saya tolong jangan abaikan anak-anak.

“Saya seorang yang sayangkan anak-anak, bila berlaku sesuatu masalah dalam rumah tangga saya akan fikir anak saya dulu, jangan fikir diri kita sahaja,” ujarnya.

Usahawan hartanah itu pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun. Pada perkahwinan pertama itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 dan 14 tahun.

Setahun selepas bercerai, dia berkahwin dengan Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Adnan kemudian memilih Adira sebagai isteri terbaharu. Mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.

The post “Biar Tambah Isteri, Jangan Buang Isteri,” Kata Suami Adira appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Biar Tambah Isteri, Jangan Buang Isteri,” Kata Suami Adira

Sekianlah artikel “Biar Tambah Isteri, Jangan Buang Isteri,” Kata Suami Adira kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Biar Tambah Isteri, Jangan Buang Isteri,” Kata Suami Adira dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/biar-tambah-isteri-jangan-buang-isteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :