link : BN Perak dalam proses maklum calon baru, kekal dan digugurkan
BN Perak dalam proses maklum calon baru, kekal dan digugurkan
IPOH: Calon-calon Barisan Nasional yang terpilih untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan DUN pada Pilihan Raya Umum14 (PRU14) akan dimaklumkan lebih awal bagi memberi mereka masa membuat persediaan rapi daripada segi mental dan emosi.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata BN Perak kini dalam proses memaklumkan kepada calon tersebut termasuklah muka baharu dan mereka yang terpilih untuk mempertahankan kerusi atau digugurkan.
Zambry yang juga Menteri Besar Perak ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri mengenai pengumuman awal BN baru-baru ini berkata ia juga bertujuan untuk mengelakkan sebarang elemen kejutan untuk kesemua calon lama dan baharu di Perak bagi PRU kali ini.
Katanya, BN Perak juga telah menghubungi sebahagian daripada calon baharu dan mereka yang bakal digugurkan.
“Sebahagian daripada calon-calon tersebut telah tahu, bukan semuanya kerana kita ingin mereka membuat persiapan awal, supaya mereka tidak terkejut sekiranya nama mereka digugurkan, dan paling penting adalah makluman itu dilakukan supaya mereka bersedia secara mental dan emosi,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Akademi Memandu T- City (Ipoh), Gopeng di Bandar T-City, Gopeng Industrial Park, dekat sini, pada petang Selasa.
Zambry berkata BN Perak juga akan melihat dari segi potensi dan kualiti seseorang calon di dalam PRU kali ini dan bukannya berdasarkan kuota samada calon baru atau lama bagi menentukan pemilihan tersebut.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor berkata kesemua calon telah dikenal pasti dan bakal diumumkan pada masa yang sesuai.
“Seperti yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia bukanlah satu-satunya pendekatan. Kita perlu melihat persiapan secara keseluruhannya, mungkin ada calon yang sedia maklum.
“Kita akan umum pada masanya, dan bukan disebabkan kita ada masalah. Ini bertujuan untuk kita mempersiapkan calon-calon itu, sebelum nama mereka diumumkan sebagai calon, itu adalah penting,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel BN Perak dalam proses maklum calon baru, kekal dan digugurkan
Sekianlah artikel BN Perak dalam proses maklum calon baru, kekal dan digugurkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BN Perak dalam proses maklum calon baru, kekal dan digugurkan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/bn-perak-dalam-proses-maklum-calon-baru.html