Calon MB: Petanda BN sedia rampas Selangor - Penganalisis

Calon MB: Petanda BN sedia rampas Selangor - Penganalisis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Calon MB: Petanda BN sedia rampas Selangor - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Calon MB: Petanda BN sedia rampas Selangor - Penganalisis
link : Calon MB: Petanda BN sedia rampas Selangor - Penganalisis

Baca juga


Calon MB: Petanda BN sedia rampas Selangor - Penganalisis

SHAH ALAM: Meskipun baru sekadar khabar angin Barisan Nasional (BN) menamakan tiga calon menteri besar Selangor, ia merupakan satu petanda bahawa parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak itu sudah bersedia merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Harapan (PH).

Penganalisis politik Dr Jeneri Amir berkata, persediaan BN itu adalah untuk meyakinkan rakyat Selangor bahawa calon yang bakal diketengahkan adalah yang berwibawa untuk memerintah Selangor.

"Saya percaya apabila pihak Barisan Nasional (BN) Selangor menampilkan tiga calon itu, mereka percaya inilah tiga tokoh atau calon terbaik yang bagi pendapat mereka, punya kriteria dan kualiti yang dapat memimpin bukan sahaja BN tetapi juga Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, jika mereka menang.

"Berdasarkan itu, dari segi kelayakan kewibawaan, pengalaman mereka maka ketiga-tiga calon itu merupakan calon pilihan untuk memastikan bahawa rakyat dan pengundi di Selangor mengundi mereka," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Jeneri mengulas berkenaan tiga calon MB Selangor yang disebut-sebut pilihan untuk terajui kepimpinan Selangor jika BN berjaya merampas negeri itu daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut sumber sebuah media, antara nama pilihan untuk memegang jawatan berkenaan adalah ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan; ADUN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz dan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi,yang juga merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar.

Mat Nadzari, adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan Ketua Umno Hulu Selangor. Johan, pula Setiausaha UMNO negeri, selain Ketua UMNO Hulu Langat dan telah menjadi ADUN Semenyih sejak PRU-12 pada 2008.

Mat Nadzari ketika dihubungi Antarapos, walaubagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

Sementara Budiman, kini ahli Parlimen Sungai Besar selepas menang Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada Jun 2016 susulan kematian wakil rakyatnya, Noriah Kasnon yang terbunuh dalam nahas helikopter semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak pada 5 Mei, 2016.

BN kini menyandang 12 kerusi di DUN Selangor, dengan PH mempunyai 30 kerusi, PAS 13 dan seorang ADUN bebas.

BN hilang kuasa di Selangor sejak dua penggal lalu selepas hanya menang 20 kerusi DUN berbanding PKR 15, DAP 12 dan PAS 8, pada PRU 2008.


Demikianlah Artikel Calon MB: Petanda BN sedia rampas Selangor - Penganalisis

Sekianlah artikel Calon MB: Petanda BN sedia rampas Selangor - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Calon MB: Petanda BN sedia rampas Selangor - Penganalisis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/calon-mb-petanda-bn-sedia-rampas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :