link : Ceraikan Isteri Pertama Adalah Jalan Terbaik – Suami Izreen
Ceraikan Isteri Pertama Adalah Jalan Terbaik – Suami Izreen
Pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, menjelaskan dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh kerana merasakan itu jalan yang terbaik.
Memetik laporan BH online, Ude yang juga merupakan suami kepada Izreen Aminda berkata, sudah tiada hati meneruskan hidup wanita itu.
Katanya dia dan Liana tidak sanggup lagi membohongi diri dengan mempertahankan rumah tangga mereka.
“Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.
“Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.
“Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya,” katanya.
Terdahulu, Ude dilaporkan bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini. Permohonan cerai dibuat pada 30 November tahun lalu.
“Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak.
“Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes,” katanya.
The post Ceraikan Isteri Pertama Adalah Jalan Terbaik – Suami Izreen appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Ceraikan Isteri Pertama Adalah Jalan Terbaik – Suami Izreen
Anda sekarang membaca artikel Ceraikan Isteri Pertama Adalah Jalan Terbaik – Suami Izreen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/ceraikan-isteri-pertama-adalah-jalan.html