link : CUEPACS nafi tempoh persaraan penjawat awam dilanjutkan
CUEPACS nafi tempoh persaraan penjawat awam dilanjutkan
KUALA TERENGGANU - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menegaskan bahawa isu melanjutkan persaraan penjawat awam kepada 62 tahun adalah isu lama yang sengaja ditularkan.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, dakwaan itu dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab sedangkan tiada kenyataan terbaru dibuat dan ia telah dimanipulasi bagi menimbulkan kemarahan terutama golongan muda.
"Propaganda ini digunakan untuk menjadikan orang muda marah dan benci pada kerajaan serta Cuepacs malah ahli kami sendiri marah...ini seolah-olah adu domba dan perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab." katanya ketika ditemui pemberita pada Program Wacana Khas Transformasi Nasional 2050 (TN 50) di Wisma Darul Iman di sini.
Menurut Azih, kenyataan sedemikian dikeluarkan pada 2015 dan telah diselesaikan pada tahun 2016, melibatkan persaraan pada umur 62 tahun bagi jabatan tertentu seperti Jabatan Kehakiman dan profesional seperti pengarah dan tenaga pakar.
Mengenai kenyataan Naib Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk memecat penjawat awam yang tidak sehaluan dengan pembangkang sekiranya pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan, Azih menyifatkan langkah itu sebagai tidak adil. - Bernama
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, dakwaan itu dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab sedangkan tiada kenyataan terbaru dibuat dan ia telah dimanipulasi bagi menimbulkan kemarahan terutama golongan muda.
Menurut Azih, kenyataan sedemikian dikeluarkan pada 2015 dan telah diselesaikan pada tahun 2016, melibatkan persaraan pada umur 62 tahun bagi jabatan tertentu seperti Jabatan Kehakiman dan profesional seperti pengarah dan tenaga pakar.
Mengenai kenyataan Naib Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk memecat penjawat awam yang tidak sehaluan dengan pembangkang sekiranya pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan, Azih menyifatkan langkah itu sebagai tidak adil. - Bernama
loading...
Demikianlah Artikel CUEPACS nafi tempoh persaraan penjawat awam dilanjutkan
Sekianlah artikel CUEPACS nafi tempoh persaraan penjawat awam dilanjutkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel CUEPACS nafi tempoh persaraan penjawat awam dilanjutkan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/cuepacs-nafi-tempoh-persaraan-penjawat.html