DAP MONOPOLI KERUSI DUN PULAU PINANG

DAP MONOPOLI KERUSI DUN PULAU PINANG - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP MONOPOLI KERUSI DUN PULAU PINANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP MONOPOLI KERUSI DUN PULAU PINANG
link : DAP MONOPOLI KERUSI DUN PULAU PINANG

Baca juga


DAP MONOPOLI KERUSI DUN PULAU PINANG

Pakatan Harapan (PH) mengumumkan pembahagian kerusi negeri untuk Pulau Pinang malam tadi.

Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat PH Saifuddin Abdullah, daripada 40 kerusi negeri, DAP memonopoli  19 kerusi- Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Prai, Jawi, Padang Kota, Pengkalan Kota, Komtar, Tanjung Bungah, Pulau Tikus, Air Putih, Air Itam, Seri Delima, Paya Terubong, Datuk Keramat, Batu Lancang, Sungai Pinang, Padang Lalang dan Berapit.

Dengan pengumuman itu, PKR akan mempertahankan 10 kerusi negeri miliknya kini- Seberang Jaya, Penanti, Pantai Jerejak, Batu Maung, Machang Bubuk, Bukit Tengah, Sungai Bakap, Batu Uban, Kebun Bunga dan Bukit Tambun.

PKR juga diberi peluang sekali lagi bertanding di empat kerusi yang tewas pada pilihan raya umum lalu iaitu Pulau Betong di Balik Pulau, Pinang Tunggal di Kepala Batas, Telok Air Tawar di Tasek Gelugor and Sungai Acheh di Nibong Tebal.

Pengumuman yang dibuat pada majlis sempena sambutan 10 tahun pemerintahan pembangkang di Pulau Pinang telah memberi empat kerusi kepada PPBM yang akan bertanding di Penaga dan Bertam di Kepala Batas, Permatang Berangan di Tasek Gelugor dan Teluk Bahang di Balik Pulau.

Sementara itu, parti serpihan PAS, Amanah pula akan bertanding di kubu kuat PAS, Permatang Pasir dan kerusi dipegang BN, Sungai Dua di Tasek Gelugor dan Bayan Lepas di Balik Pulau.

Sebelum ini PH Pulau Pinang menghadapi kesukaran pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14) kerana wujudnya pertindihan permohonan kerusi daripada Amanah, PPBM dan PKR.

13 kerusi Parlimen pula sudah diselesaikan Januari lepas, DAP akan mempertahankan tujuh kerusi dipegangnya – Bagan, Batu Kawan, Tanjung, Bukit Bendera, Jelutong, Bukit Gelugor dan Bukit Mertajam.

PKR akan mempertahankan Permatang Pauh, Nibong Tebal dan Bayan Baru. Ia juga akan cuba merampas kembali Balik Pulau daripada BN.

PPBM akan cuba merampas Tasek Gelugor manakala Amanah akan bertanding di Kepala Batas. Kedua-dua kerusi persekutuan itu dipegang BN.


Demikianlah Artikel DAP MONOPOLI KERUSI DUN PULAU PINANG

Sekianlah artikel DAP MONOPOLI KERUSI DUN PULAU PINANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP MONOPOLI KERUSI DUN PULAU PINANG dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/dap-monopoli-kerusi-dun-pulau-pinang.html

Subscribe to receive free email updates: