link : Demonstrasi Pemuda PPBM Depan Pejabat ROS Gagal Dapat Sambutan
Demonstrasi Pemuda PPBM Depan Pejabat ROS Gagal Dapat Sambutan
PUTRAJAYA – Cubaan Pemuda PPBM mengadakan demonstrasi di hadapan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) gagal menarik perhatian ramai apabila hanya dihadiri kurang 20 orang ahli parti itu sahaja.
Demonstrasi itu bertujuan menyampaikan memorandum mendesak ROS menyiasat dakwaan mereka bahawa UMNO sedang menghadapi krisis perlembagaan ekoran menangguhkan proses pemilihan parti.
Kehadiran dalam demonstrasi hari ini agak kecil berbanding penyertaan kira-kira 1,000 orang ahli PPBM yang berdemonstrasi di lokasi sama dua minggu lalu mendesak ROS bertindak ke atas PPBM yang didakwa melanggar perlembagaan sendiri.
“Gesaan hari ini cukup mudah, masalah yang sedang berlaku dalam UMNO.. sekarang ini UMNO dibelenggu krisis perlembagaan sendiri.
“MT UMNO hanya berhak menangguhkan pemilihan cawangan selama 18 bulan, telahpun tamat pada 28 Februari 2018,” kata salah seorang wakil Pemuda PPBM hari ini.
Wakil Pemuda PPBM dalam demonstrasi berkenaan bagaimanapun tidak mengulas peruntukan Seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan 1966 yang memberi kuasa kepada ROS melanjutkan tempoh pemilihan parti dengan syarat pertubuhan atau organisasi terlibat membuat permohonan bertulis.
Sekumpulan penyokong PPBM sebelum ini melalui kempen propaganda di media sosial mendakwa UMNO bakal diharamkan kerana menurut mereka selepas 28 Februari 2018 UMNO tidak lagi sah. Manakala satu kumpulan lagi penyokong PPBM pula mendakwa UMNO akan diharamkan selepas 18 April 2018.
Kedua-dua kumpulan ini membuat kesimpulan tanpa merujuk Seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan 1966 yang memberi kuasa kepada Pendaftar Pertubuhan melanjutkan tempoh permilihan pertubuhan berdaftar.
“Seksyen 13A – Kuasa Pendaftar membuat perintah tertentu berkenaan dengan pertubuhan berdaftar.
Seksyen 13A (4) – Pendaftar boleh, apabila permohonan secara bertulis dibuat kepadanya oleh sesuatu pertubuhan berdaftar, melanjutkan masa yang diberikan olehnya kepada pertubuhan itu dalam mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) jika dia berpuas hati bahawa pertubuhan itu telah memberi alasan-alasan yang baik dalam permohonannya dan adalah patut dan sesuai untuk memberi pelanjutan.” – Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 13A (4)
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini telah mengesahkan parti itu sudah mendapat kelulusan ROS untuk melanjutkan tarikh pemilihan yang akan diadakan sebelum 19 April 2019 setelah menghantar permohonan bertulis seperti disyaratkan dalam Seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan 1966.
“Penangguhan tersebut adalah bagi memastikan kesempurnaan perjalanan parti selaras Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO dengan proses pemilihan dalam Umno berjalan lancar dan juga mengambil kira faktor keadaan semasa politik parti,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tindakan PPBM cuba mencampuri urusan UMNO hanyalah salah satu usaha terdesak untuk mengalih tumpuan umum terhadap kemelut perlembagaan PPBM itu sendiri.
Menurutnya lagi, PPBM sepatutnya menyelesaikan masalah mereka dengan ROS tanpa perlu membabitkan parti lain.
“Selesaikan masalah mereka (PPBM) dengan ROS.
“Apa yang kita (UMNO) buat tak pernah melanggar apa yang ada dalam peraturan (Akta Pertubuhan 1966).
“Kalau kita menangguhkan (pemilihan parti), kita menangguhkan dengan kebenaran ROS,” katanya

Demikianlah Artikel Demonstrasi Pemuda PPBM Depan Pejabat ROS Gagal Dapat Sambutan
Sekianlah artikel Demonstrasi Pemuda PPBM Depan Pejabat ROS Gagal Dapat Sambutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Demonstrasi Pemuda PPBM Depan Pejabat ROS Gagal Dapat Sambutan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/demonstrasi-pemuda-ppbm-depan-pejabat.html